Tuesday, September 9, 2008

Perhiasan dunia-WANITA..


"Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya - Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya -Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya -Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Seperti hadith Nabi S.A.W bermaksud fitnah terbesar bagi kaum lelaki di akhir zaman adalah WANITA..

Wanita bukan sahaja boleh menarik kaum adam ke lembah neraka di akhirat, malah di dunia lagi. sejarah menunjukkan 'daya tarikan' wanita mampu menjatuhkan maruah dan iman lelaki ke lembah kemaksiatan dan kebinasaan..fitnah yang merosakkan..

Adakah kita sebagai wanita hanya ingin menyalahkan lelaki jika kita terjerumus ke lembah dosa sehingga menarik mereka bersama-sama ke neraka?

Dimanakah iman dan harga diri kita sebagai muslimah?

"Jatuh bangun seseorang lelaki itu bergantung kepada seorang wanita"

Jadilah kita muslimah yang sentiasa menjadi "sayap kiri" kepada perjuangan lelaki yang "beriman",pemangkin kehebatan seseorang 'mujahid', serta bersama-sama berjuang mendaulatkan kalimatullah di muka bumi....bukan pemusnah dan perosak mereka sehingga menarik mereka ke lembah 'neraka' dunia dan akhirat..


Satu hadith Nabi diceritakan oleh Saidina Ali r.a .. "Suatu hari beliau duduk bersama Nabi S.A.w dan para sahabat.Kemudian Nabi bertanya, 'Apakah perkara yang baik bagi wanita?' Semua sahabat diam.Apabila Saidina Ali pulang kerumah, beliau bertanya isterinya, Saidatina Fatimah tentang soalan yang ditanya oleh Nabi sebentar tadi.Fatimah r.a menjawab, 'perkara yang baik untuk wanita adalah lelaki yang boleh menjaga dan memelihara wanita daripada terlalu melihat lelaki dan terlalu terdedah kepada penglihatan lelaki'.Kemudian Saidina Ali jumpa Nabi dan jawab pertanyaan nabi tadi dan memberitahu jawapan Fatimah sebentar tadi.Nabi S.A.W menjawab ' Fatimah sebahagian daripada aku'."


Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ayah, abang, suami dan anak lelaki yang sentiasa membimbing aku ke jalan-Mu..Agar di akhirat kelak aku akan bersama mereka dan seluruh ahli keluargaku di syurga abadi-MU..

Amin Ya RAbbal Alamin..

Friday, September 5, 2008

sahabat..


Seorang penyair berujar:
bila seorang teman bertutur tentang diriku
yang memancing kemarahanku
kumaafkan segala kesalahannya
dan ku redam amarahku
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

Seorang bijak berkata: "Harta simpanan paling berharga adalah sahabat yang setia."
Ada pula yang berkata: "Sahabat yang selalu siap membantu ibarat lengan dan bahu."


Penyair lain menggubah:
banyak orang mempunyai beragam angan-angan
sedang angan-anganku dalam kehidupan
hanya seorang sahabat yang rela berbagi nasib
kami berdua laksana satu ruh
yang dibagi untuk dua tubuh
tubuh kami dua namun ruh kami satu


Kerana itu, Khalid bin Shafwan berkata: "Orang yang paling lemah adalah yang enggan
mencari sahabat, dan lebih lemah lagi adalah orang yang meninggalkan kawan yang dekat dengannya." Beberapa orang bijak berkata: "Orang yang tidak suka berkawan, nescaya dimusuhi dan menderita. Aku bersumpah, kawan-kawan yang jujur adalah simpanan yang paling berhargadan bekal yang paling utama."

Ya Allah..

aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa membimbing daku mendekatiMu..

Sejahterakanlah sahabat-sahabatku ini agar terus thabat dalam medan dakwah ini..

semoga kami bertemu kembali di syurga abadi..


Sahabat,

terima kasih dengan ukhwah yang terbina ini

maafkan aku sekiranya ada hakmu yg tidak kutunaikan.

semoga kita mendapat ketenangan hakiki hingga keakhirnya.

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan..same event,different outcome


salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat..

tajuk di atas boleh diterjemahkan atau lebih dikenali dengan istilah 'ramadhan yang sama,natijah yang berbeza' .itulah juga tema Ihya'Ramadhan Uia kuantan kali ini...
kenapa natijah berbeza?hanya diri kita yang tahu sejauh mana natijah yang kita dapat sepanjang Ramadhan setiap tahun.Adakah Ramadhan yang kita lalui mampu menjadi titik tolak kepada diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik di bulan-bulan seterusnya?

Teringat mak menceritakan tentang ceramah Ramadhan di pejabatnya.Ustaz penceramah itu berkata, kenapa Allah ikat semua syaitan semasa di bulan Ramadhan ni selain untuk menyenangkan kita untuk mendekatkan diri kepadaNya?..

Ustaz tersebut meng'analogi'kan perkara tersebut seperti penjajah yang datang ke negara kita..Walaupun penjajah hanya datang sekejap atau beberapa tahun, kenapa sisa-sisa atau baki idealism dan pemikiran penjajah masih ada di kalangan rakyat sesuatu negara seperti pemakaian, pergaulan dan lain-lain.Begitulah juga dengan Ramadhan.Allah mengikat syatian di bulan Ramadhan ini untuk melihat sejauh mana hasil pen'jajahan' syaitan ke atas diri kita berhasil..

Adik selalu bertanya,kenapa ada jugak orang buat jahat sedangkan syaitan di ikat?..inilah jawapannya..hasil penjajahan syaitan dalam jiwa serta hati kita membuatkan seseorang sudah terbiasa membuat perkara larangan dan kemungkaran..sebati dalam diri tersebut..Na'uzbillah..


YaAllah, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang lalu..Berikan aku natijah Ramadhan yang berlipat ganda YaAllah.Agar aku dapat mengharungi hari-hari serta bulan-bulan mendatang dengan tabah dan tenang..

Amin Ya rabbal Alamin..