Tiada hidayah tanpa dakwah
tiada dakwah tanpa perjuangan / jihad
tiada perjuangan tanpa pengorbanan
itulah salah satu ungkapan dalam sebuah buku 'fiqh harakah' karangan ust nasarudin Tantawi.
segalanya memerlukan pengobanan.sebagai pelajar,kena berkorban, sebagai anak, kena berkorban, segalanya kena berkorban.Apatah lagi sebagai dai'e ilallah untuk menegakkan kalimah suci di muka bumi ini yang kini semakin di bawa terbang oleh taufan zaman modenisasi.
memetik surah As-soff ayat 10-13 ,
menyatakan tawaran Allah umpama sebuah perniagaan yang lumayan yang dapat menyelamatkan kita dr azab pedih iaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa sepenuhnya..
ayat ini menerangkan sesiapa yang menyahut tawaran Allah di atas, Allah akan memberikan kemenangan yang besar (fauzun 'azim) iaitu pelepasan dr api neraka, keampunan, dimasukkan ke dalam syurga serta tempat tinggal yang baik di dalam syurga kelak.Namun Allah mengurniakan kurnia yang lebih disukai oleh manusia iaitu pertolongan dr Allah dan kemenangan yang hampir.Allah menjanjikan kemenangan yang hampir kepada pejuang2 agamaNya walaupun bila kemenangan tersebut hanyalah di dalam ilmuNya.
Ayat ini sangat member motivasi kepada kita sebagai pejuang agamaNya.Tekadkan di hati, bahawa pertolongan Allha semakin hampir..
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan..pengorbanan dijadikan bukti keyakinan kita terhadap perjuangan yang kita dokongi.Pengorbanan juga menjadi bukti kesungguhan kita memperjuangkan agamaNya..
Pengorbanan menuntut kita mencapai hadaf 'al-mautu fi sabilillah, asma amanina' 'mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami'
berkorban untuk berjuang..
aksi hero 2
15 years ago
0 comments:
Post a Comment