Wednesday, March 11, 2009

PPSMI: satu pandangan dari kacamata seorang mahasiswa


-Saya amat tertarik dengan artikel di bawah.saya ambil artikel ini dr tranungkite.net
Harap dapat ambil intipati dan dapat membuka mata kita sebagai mahasiswa..
Selamat membaca'...


"Assalamualaikum. saya terpanggil disini untuk memberikan pendapat saya mengenai Pengajaran & Pembelajran Sains dan Matematik dalam dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari perspektif sebagai seorang mahasiswa. saya merupakan pelajar kurusus kejuruteraan di sebuah unviersiti IPTA yang mana kejuruteraan dan teknologi menjadi kurusus utama universiti ini. Untuk pengetahuan semua,boleh dikatakan 85% pensyarah subjek teras elekrik saya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengajaran walaupun buku rujukan yang menggunakan Bahasa Inggeris. saya melihat walaupun kami menggunakan buku rujukan luar,tetapi apabila belajar,kami lebih suka pensyarah manggunakan bahasa melayu.
Sudah menjadi lumrah manusia untuk lebiih faham sesuatu di dalam bahasa ibundanya. Jangan terkejut jika dikatakan pelajar Cina juga lebih selesa jika pensyarah menggunakan Bahasa Melayu. Bila ada istilah dalam Bahasa Inggeris,pensyarah akan menggunakan terus istilah asal dan tidak mengubahnya.Cuma bila penerangannya,pensyarah menggunakan Abhasa Melayu. Kami amat selesa dengan cara ini .
Apa pula kaitannya dengan PPSMI? Jika kami yang belajar subjek Elektrik (Sains) yang lebih kompleks lebih suka dan lebih mudah faham jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Inikan pula kita hendak suruh murid-murid yang baru hendak belajar sains dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ada orang yang mengatakan istilah-istlah Sains dan Matematik ini jika ditukarkan kedalam Bahasa Melayu,akan jadi kelakar. Ya mereka ini memang cukup bijak untuk menghina bahasa ibunda mereka sendiri. Jika kita tanya pada murid-murid pada hari ini, tahukah mereka apa itu ‘kebuk wasap’? bagaiman pula dengan ‘jelaga’. Istilah itu tidak lah terlalu pelik ketika sebelum PPSMI dilaksanakan. Kini murid-murid mungkin tidak tahu apakah istilah-istilah yang disebutkan tadi kerana perkataan itu telah mati dalam kamus murid-murid. Terbukti PPSMI mematikan Bahasa Melayu.Mengapa kita perlu mengagungkan bahsaa Inggeris? jika benar kita tidak akan maju kalau tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,mengapa Melaka boleh terkenal dengan zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 14 dimana Bahasa Melayu diangkat sebagai ‘lingua franca’. Jadi apakah kita tidak boleh untuk maju jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik? Kita lihat pula ketika zaman kegemilangan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Ketika itu, Cordova menjadi aset penting pada Eropah iaitu sebagai pusat ilmu dan mempunyai universitinya sendiri. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada juga yang mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. MasyaAllah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, bermulanya Renaissance di barat, mereka memulakan proses penterjemahan transkrip-tanskrip dari Bahasa Arab dan Latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, iaitu zaman Renaissance,zaman kebangkitan Eropah. Jika benarnya penyokong PPSMI mengatakan kita tidak akan maju jika tidak menggunakan Bahsa Inggeris,kenapa orang Eropah dan Barat sendiri boleh bangkit dari zaman gelap tanpa menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu ketika itu? Presiden Jacques Chirac kecewa bila setiausaha agung PBB, Ban Ki-Moon tidak pandai berbahasa Perancis. lihat betapa bangganya bangsa asing mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.
Saya pernah menghadiri temuduga JPA untuk pengajian bidang teknikal ke Korea selepas tamat pengajian SPM.semasa temudga dijalankan,saya dan rakan-rakan dalam sesi temuduga itu telah diberikan satu tajuk dan dikehendaki untuk membincangkannya.Dan saya gagal dalam temuduga itu. Saya gagal bukan kerana saya tidak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana soalan yang diberikan tidak memerlukan satu pun istilah Sains dan Matematik untuk saya menjawab soalan ketika temuduga tersebut. Saya gagal kerana saya kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum PPSMI dilaksanakan,wujud dua kumpulan:1-pelajar yang minat sains 2-pelajar yang tidak minat sains. Selepas PPSMI dilaksanakan,tiga kumpulan pula terbentuk:1-pelajar yang minat sains dan mahir Bahasa Inggeris,2- pelajar yang minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris dan 3- pelajar yang tidak minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris.Jadi disini apa yang perlu kerajaan lakukan adalah dengan menyeru guru-guru subjek Bahasa Inggeris memberi penekanan lebih ketika mengajar subjek Bahasa Inggeris ketika di dalam bilik darjah,dan bukannya mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris. Pernah guru Bahasa Inggeris saya yang berbangsa India ketika pengajian saya di Matrikulasi mengatakan,yang mana beliau tidak menyokong sama sekali PPSMI .PPSMI ini sebenarnya membunuh masa depan orang-orang melayu di kampung-kampung dan luar Bandar. Abang saya merupakan seorang guru subjek sains dan isterinya pula guru matematik,dan apabila saya bertanya kepada mereka tentang PPSMI, mereka juga menentang dan mengatakan para pelajar sukar untuk faham perkara asas subjek Sains dan Matematik dan menyebabkan kurang minat mereka terhadap Sains dan Matematik. Skor A mereka bukan kerana mereka betul-betul faham asas-asas dalam Sains dan Matematik itu,sebaliknya hanya kerana ingin lulus peperiksaan awam.Jangan kita memberi alsan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja maju walaupun menggunakan sebagai bahasa pengantar.HAPUSKAN PPSMI!!"

1 comments:

Unknown said...

Salam.
saya sebenarnya berminat dengan topik artikel ini, dan juga bersetuju dengan pendapat saudari mengenai sistem pembelajaran di Malaysia. terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri sebagai wan, seorang rakan mahasiswa jurus kejuruteraan yang sedang belajar di jerman. Saya hanya ingin menambah, biarpun sedkit, perspektif dari sudut pandangan saya yang berada di luar negara, atau lebih tepat lagi, di negara jerman. Biarlah pemerhatian sy ini diringkaskan dlm bentuk isi.
-ramai pelajar jerman yg tidak fasih bahasa inggeris.
- penggunaan bahasa inggeris disini amat memalukan bagi orang tempatan disini.
- mereka amat berbangga dengan penggunaan bahasa jerman.
- mereka amat tegas dari segi betapa jelas ayat disebut dan betapa jelas bahasa mereka digunakan.
- mereka menyangka semua yang berada di tempat mereka fasih berbahasa jerman, tidak kira bangsa.

Meskipun begini, mereka masih merupakan rakyat sebuah negara yang maju. dengan ringkas, saya ingin memperjuangkan penggunaan bahasa melayu di malaysia, biar kembali 'gah' bahasa ibunda kita yang telah lama dipandang rendah.

di tanah air kita, kita patut mempunyai hak untuk berkata, 'Disini Malaysia, disini kita bercakap bahasa melayu!'