29 Julai 08…
Hari ini adalah hari ‘tak bermaya’ bagiku..pening+ batuk+panas semuanya bercampur baur. Usrah pada asalnya jam 6pagi terpaksa ku batalkan..Minta maaf adik-adikku, InsyaAllah lain hari kita bertemu..
Kelas dijadualkan jam 10pg..Taklaratnya nk bangun!!eh, nanti kelas Islam n Science, pergi jela.tak berat sangat subjek ni, just dengar je lecture Dr Ibrahim Syogar..Akhirnya kakiku melangkah jua ke KOS menaiki bas ABC Group..
Lecture..
‘Our topic today is Conflict of religion and science in Medieval Western World’
‘bla..bla..history… bla..bla. .attitude… Darwinism…’
‘Ok.until now for today’
-1115am-
Habis..huh, apa yang aku dapat?kena tengok balik ni..
‘kak, jom balik naik motor ngan saya..kita beli lunch terus nak?’ pelawa sahabat disebelahku yang sinonim dengan motor barunya..’ok, boleh jgk’ jawabku sambil mengucapkan syukur kepadaNya kerana tak perlu lama menunggu bas datang yang sepatutnya dijadualkan datang 15 minit lagi..Alhamdulillah ..
Sambil berjalan menuju ke tempat parking motor, sahabatku bertanya sambil menuding jari kearah seseorang..’kak kenal tak sister tu?’ ‘kenal, kenapa?’ ‘hm, ada perkara nak cerita ngan akak ni’
huh berdebar hatiku..gosip apa pulak pagi2 ni..
‘akak, rumet sister yang saya tunjuk tadi ada cerita kat saya, dia tak pernah tengok sister tu sembahyang.kalu orang tanya, dia kata dia dah sembahyang kat surau, entah bila masa gi surau ntah,habis kelas, balik bilik, tido+makan+bergayut je 24 jam..kak tau, sister tu sekolah agama dulu, kat matriks siap bertudung litup+berjubah lagi..tub tub, sampai sini terus berubah perangai n pemakaian.saya pun pelik kak..orang boleh berubah sekelip mata macam tu..Bila orang tanya n cakap pasal ni, mulala dia kata yang dia lebih tau pada orang lain sebab dia sekolah agama.tapi tak buat pun..tak taula saya nak buat mcmna.’
Terpaku aku mendengar penjelasan sahabat yg panjang lebar..huh,ada jgk manusia spesis mcm ni..
‘biasa la tu, orang nak berubah kpd kebaikan memang susah n lama tp nak berubah kpd keburukan memang sekelip mata.iman kita kan sentiasa naik turun..tapi, biasanya bila dah turun, sangat payahla nak naik balik..dah seronok agaknya buat kemungkaran dan kemaksiatan’
Perjalanan menaiki motosikal yang biasanya hanya mengambil masa kurang 5 minit tapi perbualan kami dari berjalan sehingga atas motor telah mengambil masa 10 minit lebih sebelum sampai ke café.
Sampai di café, perbualan kami diteruskan lagi..
‘kak, sebenarnya ramai tau yang tak sembahyang ni.nak kata tak tau, dr matriks lagi ada IFM,BTQ, kelas tilawah, halaqah n macam2 lagi..saya yg tak sekolah agama pun dr sekolah lagi dah tau semua tu. Apatah lagi budak sekolah agama..’
‘ada ilmu n tau je tak guna, kena amal jugak, macam kata2 ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.Dalam Islam pun, orang yang berilmu tp tak amal lagi dilaknat oleh Allah berbanding orang yang memang tak tau pape, kan?’
‘betul tu kak, ha, sekarang ni bukan je tak sembahyang kak, tapi macam2 lagi perangai tak senonoh yang dah ada kat uia ni..sedih betul rasanya..akak tengok je semua bertudung elok kat sini, tapi hakikatnya, ramai jgkla yg ‘free hair’ kat luar.Kalau akak tak caye, tengokla friendster2 diorang.tak malu langsung mengaku student uia tapi tak pakai tudung..’
Lensa fikiranku terus teringatkan peristiwa hampir 6 bulan yang lepas semasa menaiki bas dr kl-ktn…
‘eh, macam kenal je sister ni..tapi huh cun giler. Make up+ rambut ikal mayang +baju ketat seketatnya.. mengalahkan artis pulak..kat mana ye jumpa sister ni..??’
Sesampai je kat kuantan, sister tersebut turun bas awal drku. eh, berubah terus..tadi punyala macam superstar, sekarang dah bertukar macam ustazah pulak..siap berjubah lagi.ha, baru teringat, sister tu bdk uia jgk, blok sebelah rupanya.tadi tak pakai tudung hampir tak kenal pulak.
Niat hati nak mengajak sister tersebut balik sekali ke uia tapi, bila turun bas..”eh, mana sister tadi, sekelip mata dah hilang’
‘kak, kak dengar tak saya cerita ni?’ ‘eh,dengar2.. teringatkan sesuatu je tadi..hehe..’
‘tapi kak, ada sister ni memang dia tak pakai tudung kat luar.siap rambut warna merah lagi.tapi sebenarnya dia nak sangat pakai n dia tau tanggungjawab dia kena pakai..tapi apakan daya, family dia terutama mak dia memang menentang dia nak pakai..boleh pakai kat uia je..sian saya tengok dia. Setiap kali nak balik rumah, memang dia serba salah..’
Semoga Allah member hidayah pada keluarganya. .
Sahabat tadi menyambung lagi perbualan..
‘tapi kak, bukan tu saje,ada kes lagi teruk.. ada kawan saye tu, tiap2 malam kuar sampai esok exam pun kuar.bila Tanya, dia kata dengan nada bergurau..’gi umah my ‘husband’.kadang2 dia tak balik bilik pun malam tu..saya taula yg ‘pakwe’ dia keje kat kuantan n memang ada rumah pun kat sini,memamg siap jemput dia kat sini lagi..’
Huh, ini kes berat ni..
‘takde ke kat uia ni orang atau persatuan atau unit yang ber’authority’ nak cegah benda2 mcm ni..nak harapkan fellow, setahun sekali je turun asrama, mcmna student nak dengar cakap.Nak suruh guard, ada pulak yg cakap. Guard jaga keselamatan je, bukan jaga tepi kain orang..apa kita nak buat ni??..itu yg kita tau, yg tak tau agaknya bersepah2 jgk..’
Setelah beli makanan masing2, aku n sahabat berpisah menuju ke bilik masing2..fikiranku masih memikirkan topic perbualan kami tadi..masyaAllah. .rupanya di sekeliling aku masih terdapat kemungkaran yg jelas lagi terang melanggar hukum Allah..apa harus aku lakukan??
Argh..kepalaku semakin pening bertambah dengan terikan cahaya matahari yang sangat memeritkan.. Allahuakbar. .
Apa harus aku lakukan..aku sibuk dengan meeting itu ini, liqa sana sini, baca buku malam pagi dan usrah sana sini, tapi manusia sekeliling aku, aku hiraukan..aku tak ambik tau..aku biarkan mereka terkontang kanting berterusan melakukan dosa besar..Ya Allah ampunilah dosa ku..berilah kekuatan padaku dan sahabat2 seperjuanganku agar terus istiqamah dan mara untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini sekaligus dapat mengajak manusia kearah kebaikan di dunia dan akhirat..
…zzzz…..zzzz….zzz… .
“Allahuakbar Allahu Akbar…….”
Ya Allah, bila masa terlelap ni…eh, dah pukul 1.20pm la.pukul 330 ada quiz pulak..aku tak habis baca lagi ni..
Wallua’alam