Monday, August 25, 2008

Think win,win !!!





Setiap kali terbaca habit ke-4 dlm buku 7 Habits of Highly Effective people iaitu “think win-win, mesti saya teringatkan kata-kata keramat abah “think win,win”.Cuma ubah (-) kepada (,)…



Teringat hampir 10 tahun yang lalu, sewaktu kami adik beradik semuanya masih bersekolah, abah selalu buat usrah dan tazkirah lepas solat maghrib dan subuh berjemaah terutama sekali waktu semua balik rumah semasa cuti sekolah..Ya Allah, saya sangat merindui saat itu…



Setiap kali abah bercakap dan memberi motivasi kepada kami, abah mesti sebut kata-kata keramat tersebut..”think win,win” sampai setiap hari kami adik beradik akan menyebutnya berulang kali.Sewaktu itu, buku tulisan Stephen R. Covey masih kami tak pernah tahu lagi ataupun memang tak wujud lagi.Saya pun tak pasti..



Perkataan yang sama tapi maksud dan nada percakapan yang berbeza.Think win, win yang abah selalu ingatkan kami bermaksud fikir menang,menang .Kata-kata ini sangat memberi kesan kepada jiwa saya.Setiap apa yang saya ingin lakukan, pasakkan dalam fikiran dan hati, saya boleh buat!! Abah inginkan anak-anaknya sentiasa berjiwa positif, optimis dan maju kehadapan…



Sehingga kini dan InsyaAllah akan datang, apabila saya berasa putus asa dan kecewa, kata-kata abah ini sentiasa memberi motivasi untuk lebih mara dan bersemangat dalam hidup di dunia dan akhirat..



Terima kasih ABAH…

0 comments: