Kita sering dengar ayat ‘ada hikmah disebaliknya’ apabila seseorang ditimpa musibah..tapi kita sering lupa untuk mencari hikmah disebalik ‘kegembiraan’ yang kita kecapi..Sehingga kita terlupa erti syukur berbanding redha.
Semua perkara dalam kehidupan akan membuat kita lebih mengenal erti ‘kehidupan’ yang sebenar..suka,duka,nangis dan tawa semuanya adalah kehidupan..
“Satu kepelikan terhadap orang Mukmin.Semua perkaranya baik untuknya.Tidak ada orang lain bersifat seperti ini hanyalah orang Mukmin.Sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan menyifatkannya baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa kecelakaan ia bersabardan menyifatkannya baik untuknya”
(HR Ahmad dari Musnad)
Kembara saujana..
mengembara dalam kehidupan ini sehingga sejauh saujana mata memandang..
bukan mengenali hakikat kembara dengan mata kasar sahaja malah dengan mata hati dan iman..
Semoga kehidupanku di dunia adalah sebenar-benar jambatan untukku ke syurga abadi..
aksi hero 2
15 years ago
0 comments:
Post a Comment