Adakah semasa kita solat, kita betul-betul berada di dalam “dunia solat” kita?
Waktu solat inilah masa untuk kita “mementingkan diri sendiri”..
Sabda Rasulullah S.A.W “Ilmu yang pertama diangkat dari muka bumi ialah kekhusyukan”
-HR Thabrani dgn sanad hasan-
Kata Muaz bin Jabbar, “Barangsiapa yang ketika solatnya boleh mengenali siapa jemaah di sebelahnya, maka dia sebenarnya tidak khusyuk”
Syaitan Berjaya membengkokkan hati memikirkan tentang hal keagamaan,hal dakwah,dan hal-hal baik semasa solat.Malah syaitan boleh memberi kita ilham dan idea yang baik dalam solat.Barang yang hilang boleh diingat semula semasa solat!!
Dimanakah solat kita? Adakah kita dalam keadaan SENGAJA,SEDAR dan KEKAL SEDAR…sehingga akhir solat?
Jika dimaksudkan khusyuk solat itu tenang, kita memerlukan kaedah untuk menenangkan diri. Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kepada bacaan, kita pelajari teknik menbaca dengan berkesan.Jika khusyuk itu dikatakan sedang ‘bercakap’ dengan Allah, kita pelajari ilmu komunikasi dengan berkesan.
Jika dikatakan khusyuk itu membayangkan Kaa’bah dan membayangkan syurga neraka, kita pelajari ilmu mengendalikan imaginasi dan ilmu otak manusia.
Jika khusyuk itu dikatakan berdiri tegak dan sempurna toma’ninah, kita pelajari teknik betul mengikut kaedah biologi untuk menggerakkan oto dan sendi-sendi badan.
Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal-hal dunia, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran.
Jika dikatakan khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan mendengar bacaan imam serta bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia.
Jika mengetahui maksud ayat-ayat yang dibaca membantu khusyuk, maka sepatutnya kita mempelajari tafsir Al-Fatihah dan tahiyat.Jika mata ditumpukan ke tempat sujud akan lebih focus, marilah kita ketahui secara fisiologi hebatnya penglihatan kita.Atau jika dikatakan kesempurnaan wudhu’ asas kesempurnaan solat, maka kita pelajarilah kehebatan ciptaan air yang telah ahli saintis buktikan di makmal.
Dan jika dikatakan khusyuk solat ialah GABUNGAN SEMUA PERKARA DI ATAS, maka kita pelajari ilmu-ilmu ini yang boleh dilatih semasa dan di luar solat.
-buku Bio-Mekanik SOLAT (Dr.Yusof Abbas)

0 comments:
Post a Comment