Tuesday, June 8, 2010

Dimana solat kita??


Adakah solat yang baru sahaja kita lakukan tadi betul-betul khusyuk ?? berapa rakaatkah dlm solat kita tadi yang kita khusyuk? Adakah seusai takbiratulihram, fikiran kita terus melayang mengingatkan hal-hal dunia?Solat hanya sempurna kesemua rukun kerana sudah menjadi kebiasaan mulut membacakan al-fatihah dalam solat dan anggota badan digerakkan menyempurnakan kesemua rukun sembahnyang..sembahyang yang sempurna pada rukunnya tapi tidak pada kekusyukan dan hatinya!!!

Sebaik salam, mulut dengan lembutnya mengucapkan ‘astaghfirullah’ untuk memohon ampun kerana kelalaian tadi tapi tidak di hati.Semua kerana sudah menjadi kebiasaan mengucapkannya seusai solat.

Dimana solat kita yang hanya 10 minit sahaja berbanding 24 jam yang kita ada sepanjang hari??Adakah masa ‘rasmi’ kita untuk bertemu dengan-Nya juga disia-siakan dengan khayalan duniawi??Tidak malukah kita menghadap Allah dengan tidak membawa hati yang khusyuk dan suci??

Sabda Rasulullah S.A.w: “Perkara pertama yang akan dihisabkeatas seorang hamba pada hari kiamat nanti adalah solat.Jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalannya,jika rosak solatnya,rosaklah seluruh amalannya” –HR Tabrani-

“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang yang lalai dari solatnya” (Al-Mauun:4-5)

Ya Allah, jadikan daku hambaMu yang bersyukur…

Monday, May 31, 2010

pendidik anak bangsa






sudah sebulan lebih meninggalkan sekolah..terasa sangat rindukan suasana di sekolah sebagai seorang guru..
anak2 murid, sahabat2 guru, staf2 sokongan dan semua di sekolah...
rindunya suasana tersebut..

menyedari bahawa 'passion' sekarang adalah sebagai pendidik.
tapi harus menyedari bahawa semua itu aturan Ilahi..

Semoga usaha kearah menjadi pendidik diredhai dan bersama petunjukNya..

Sunday, May 30, 2010

aturan kehidupan


ketika ini sudah sebulan lebih meninggalkan alam belajar di kampus.baru sedar yang kehidupan selepas belajar bukanlah mudah.perlu memikirkan kearah manakah selepas ini..semua perkara perlu difikirkan sendiri.

adakah ingin terus menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya??adakah ingin mencari kerjaya sampingan sebelum mendapat kerjaya yg diimpikan??adakah sangat memilih dlm pekerjaan??adakah dan adakah....dan yang paling penting adakah masih melibatkan diri dalam dunia dakwah yang diperjuangkan sewaktu di kampus??

semua itu harus difikirkan dan diaturkan sendiri...

apa yang penting, yakin dengan rezeki Allah disamping berusaha kearah kehidupan yang lebih baik untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya dan berjuang dijalanNya..

Ya Allah..Engkau kurniakan daku rezeki dan aturan hidupan yang terbaik buatku...Semoga daku menjadi insan yang bersyukur dan redha diatas pemberianMu...

Thursday, April 1, 2010

mars perpaduan

Wednesday, March 31, 2010

Cita-cita ku

ingat lagi ketika sekolah rendah..bila kawan-kawan atau cikgu tanya nak jadi apa besar nanti, saya menjawab dengan bangganya "nak jadi ustazah yang bertauliah"..ketika itu perkataan bertauliah pun tak tau pun lagi..bangga dan teruja dengan seorang ustazah yang bayak mendidik kami sehingga saya menjadikan dia sebagai idola dan ingin menjadi sepertinya..

Bila naik sekolah menengah, cita-cita bertukar kepada ingin menjadi 'doktor'.ketika itu cita-cita itu sangat dipuja dan diminati oleh ramai pelajar kerana gah dan pandainya seorang doktor.Bila terlalu ramai becita-cita yang sama, saya ingin menukar cita-cita kepada 'pensyarah'..pada ketika itu sangat beridolakan seorang guru yang akan menjadi pensyarah.

Bila masuk ke alam kampus, saya mula 'blur' dengan cita-cita yang akan saya impikan..tak tau apa yang saya impikan dan 'passion'..sehingga ambil keputusan untuk tidak ada cita-cita.cuma belajar dan serah pada takdir apa yang akan berlaku nnti..sehingga masuk tahun 3 pengajian, baru saya menyedari yang cita-cita saya semasa sekolah rendah dan menengah adalah 'jiwa' dan 'passion' saya iaitu ingin menjadi seorang PENDIDIK...

Kini,
selepas habis subjek minor education saya ambil, setelah 2 bulan saya menjalani paraktikal sebagai seorang guru, saya sangat merasakan profesion PERGURUAN sangat mulia dan suci.

seorang guru bukan sahaja mengajar matapelajaran yang dia sepatutnya ajar, tetapi mengajar nilai-nilai yang sepatutnya diambil dalam setiap perkara yang diajar..contohnya dalam topik decimal atau nombor perpuluhan.cikgu sepatutnya menerapkan nilai 'setiap perkara yang kita lakukan akan dinilai dan dihitung oleh Allah sehingga sekecil2 perkara.seperti perpuluhan, sehingga 0.000001 pun tetap bernilai dan dikira'..

seorang guru juga mesti mengambil kira aspek sosiologi setiap pelajar.dari latar belakang keluarga bagaimana mereka berasal dan dididik bagaimana, taraf hidup bagaimana mereka dibesarkan.tahap IQ juga berlainan..setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan cara kita berinteraksi dan mengajar dengan mereka juga berbeza..

Ya Allah
Berilah ketenangan kepadaku dalam mencapai cita-cita ku ini...

Tuesday, March 2, 2010

Gelombang kehidupan

pesan abah..
hidup kita di dunia ni ibarat berlayar di lautan..
sentiasa berdepan dengan gelombang dan ombak..
kadang-kadang gelombang melambung dengan kuatnya..
kadang kala lautan tenang ibarat tiada penghuni di dalamnya..

seperti kehidupan kita di dunia ini..
sentiasa berdepan dengan mehnah dan ujian dariNya..

gelombang seorang pelajar
berdepan dengan perasaan 'malas' untuk study
kadang kala dapat 'menangkap' apa yang guru ajarkan, kadang kala 'blur' tak memahami sepatah pun..
kadang kala berdepan dengan ujian 'niat' belajar hanya untuk 'exam' semata2..
mencari dimanakah nilai sesuatu ilmu..

gelombang pasangan suami isteri
sentiasa berdepan dengan fitnah dan prasangka
hidup berkeluarga dengan gelombang wang dan harta..
begitu juga gelombang kasih sayang yang didamba..
untuk mengimbangi gelombang yang datang agar tidak karam, tolak ansur dan keimanan menjadi benteng segala nya..

gelombang seorang guru
berdepan dengan berbagai karenah murid2 yg berbagai-bagai
kadang-kadang niat terpesong mengajar kerana 'gaji'
pesongan diseimbangkan dengan rasa cintakan menyebarkan ilmu
segalanya semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa..
ingin melihat generasi akan datang yang kaya dengan ilmu dan budi..

Apa yang berlaku disekeliling kita membuatkan kita lebih matang dalm hidup
dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh gelombang dan ombak
hanya usaha dan tawakkal membuatkan kita terus bersedia melayari bahtera tersebut..

Tuesday, January 12, 2010

Bermulalah hidup sebagai guru..



Bermula 11hb Januari 2010 hingga 30 April 2010, bermulalah kehidupan saya di sekolah sebagai seorang guru ..Masa yang saya nantikan sudah sekian lama.Ahlamdulillah dengan pengalaman 3 bulan setengah sebagai guru pelatih di sekolah, menjadi titik tolak untuk saya lebih bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan cita-cita sebagai pendidik..InsyaAllah

Ramai yang bertanya, "kenapa pilih nak jadi cikgu?kenapa taknak kerja ofis je?kenapa taknak jadi lecturer je trus..lagi senang, takyah pening2 dengan karenah perangai budak2 sekolah" dan banyak lagi pertanyaan yang pastinya takkan menggoyahkan cita-cita saya ini..

Ya Allah, Engkau tetapkanlah yang terbaik buatku..terbaik buat umatMu..dan pastinya terbaik untu ISLAM..

Alfatihah

kira-kira jam 2.50 petang Jumaat 8hb januari 2010, saya mendapat mesej dr kak teh akma, sepupu saya bahawa suaminya, abag fauzi telah kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah

Arwah abg fauzi yang sudah seminggu koma di hospital selayang akibat kemalangan motosikal yang ditungganginya bertembung dengan motorsikal juga.mengikut yang diceritakan, arwah dalam perjalann pulang ke rumah dr masjid berdekatan selepas solat maghrib di masjid berkenaan.Kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya itu dipercayai akibat bertembung denagan motosikal yang "gelap" tanpa lampu motor..

Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 20 kira-kira hampir jam 12.30 malam tersebut.Takziah dan sekalung doa buat kak teh dan keluarga atas kehilangan insan tersayang ini.semoga kak teh tabah menghadapi dugaan Allah ini.

teringat kata-kata dlm mesej irah dr mesir.."dalam masa setahun ni, 2 orang ahli keluarga terdekat kita meninggal.dua-dua suami dan masih muda"..

Ajal maut ditentukan oleh Allah.tak kira tua muda, miskin kaya, lelaki perempuan, semua akan berhadapan dengan kematian..

kira-kira 2 minggu yang lalu juga, ketika dalam perjalanan pulang dr jaulah di kelantan, sebuah kemalangan melibatkan 2 buah kereta di jalan Dungun telah menyebabkan 2 orang perempuan meninggal dunia.Saya juga menyaksikan saat kematian salah seorang dari perempuan tersebut ketika sahabat2 nursing dan medic sedang membantu menyelamatkan mangsa..Al Fatihah..

Betullah kata-kata "orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati"
Kematian di sekeliling kita adalah untuk mengingatkan orang yang hidup akan kepastian mati..
mengingatkan kita kematian yang pasti yang kita tidak tau bila waktunya..
mengingatkan kita adakah sudah mencukupi amalan yang akan kita bawa bertemu Ilahi nanti..
mengingatkan kita adakah dengan amalan kita, layakkah kita bersama para syuhada' dan Anbiya' do dalam syurga??