Saturday, January 10, 2009

BOIKOT!!!!!!

'Himpunan Raksasa' bantah kekejaman Israel di UIAM Kuantan baru-baru ni menggariskan 4 resolusi yang kita semua akan laksanakan sebagai tanda membantah kekejaman Israel keatas saudara kita di Palestin sana iaitu 1) Boikot barangan AS dan Israel 2) membantu dr segi kewangan (derma) 3) Bantuan kemanusiaan 4) solat hajat dan doa yg berterusan

Ayuh semua sahabat2 dan rakan2..kita boikot barangan AS dan Israel dengan sepenuh hati..
Jangan ikutkan kata 'perut' dan 'nafsu' untuk membeli barangan tersebut..Ingatlah duit sepuluh sen yg kita beli bagaikan peluru yang membedil saudara2 kita di sana..

Mari kita mulakan dengan 3M (Mulakan dgn seKECIL2 perkara, Mulakan dgn HARI ini, Mulakan dgn DIRI kita)..

Ajak kawan2 dan keluarga kita turut sama2 boikot barangan mereka..
Umat Islam akan kuat jika kita bersatu..



Tuesday, January 6, 2009

SABAR ITU INDAH

Alangkah besar nikmatnya anugerah Allah
memuliakan dirimu dgn kitabNya
siang dan malam kau bermujahadah
bersusah payah menghafaznya
jgn lekas berputus asa
ia kan berbalas juga
kerana setiap yg susah ada hikmahnya
berusahalah berdoalah dan bertawakalah
bukan semua org mendapat apa yg dicita
sedangkan Allah punya kuasa mengurniakannya
bersabarlah dlm mujahadah
kerana sabar itu terlalu indah

(sabar itu indah -al-anwar)

***************


nasyid 'sabar itu indah' di atas didedikasikan khas buat para huffaz di seluruh dunia amnya dan khususan kepada adikku, irah yg sedang mujahadah untuk khatam dan menghadapi exam diploma tahfiz akan datang..
semoga mujahadahmu diganjari oleh Allah..

ayuh..




Sunday, January 4, 2009

Bacaan Qunut Nazilah


Ya Allah, kami letakkan Mu di batang leher musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 Mu keatas mereka. Wahai Tuhan yang Maha Perkasa,

Wahai Tuhan yang Maha Murka, Ya Allah...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran,

Wahai Tuhan yang menggerakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

kalahkan mereka, menangkanlah kami keatas mereka

Amin Ya Rabbal A'lamin





------------------






Sahabat2,

lazimkan bacaan ini dalam doa serta solat..

sama2 kita doakan saudara se-Islam kita sedang berjuang sehabisan di bumi suci Palestin sana

semoga mereka sentiasa kental dengan keazaman dan ketaqwaan yang tinggi serta keberanian yang jitu menentang musuh Allah

Semoga musuh Allah musnah serta hancur di dunia ini.

Kegemilangan Islam kan kembali..AMIN





" Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dr Allah dan kemenangan yang dekat.Dan sampaikan lah berita gembira kepada orang mukmin"

(As-soff : 13)

Sunday, December 21, 2008

cuti dah habis.. :( -part 2-

perihal cuti lagi..
sepanjang cuti ni, ramai sahabat yg dah bertukar status..huhu

"selamat Pengantin Baru sahabat..."

7 Dis 08 : ayong atiqah n suami

10 Dis 08: Nurul n u.syaari

11 Dis 08 : ilmam n k.ibah

12 Dis 08 : sumayyah n suami

20 Dis 08 : syamsul Hijri n isteri

Semoga Baitul Muslim yg dibina menjadi penyeri dijalan dakwah ini..Semoga terus Istiqamah dan berbahagia hingga ke dalam syurga..

Thursday, November 13, 2008

perjuangan itu satu kebanggaan, pengorbanan itu satu kemuliaan

Tiada hidayah tanpa dakwah
tiada dakwah tanpa perjuangan / jihad
tiada perjuangan tanpa pengorbanan

itulah salah satu ungkapan dalam sebuah buku 'fiqh harakah' karangan ust nasarudin Tantawi.
segalanya memerlukan pengobanan.sebagai pelajar,kena berkorban, sebagai anak, kena berkorban, segalanya kena berkorban.Apatah lagi sebagai dai'e ilallah untuk menegakkan kalimah suci di muka bumi ini yang kini semakin di bawa terbang oleh taufan zaman modenisasi.

memetik surah As-soff ayat 10-13 ,
menyatakan tawaran Allah umpama sebuah perniagaan yang lumayan yang dapat menyelamatkan kita dr azab pedih iaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa sepenuhnya..
ayat ini menerangkan sesiapa yang menyahut tawaran Allah di atas, Allah akan memberikan kemenangan yang besar (fauzun 'azim) iaitu pelepasan dr api neraka, keampunan, dimasukkan ke dalam syurga serta tempat tinggal yang baik di dalam syurga kelak.Namun Allah mengurniakan kurnia yang lebih disukai oleh manusia iaitu pertolongan dr Allah dan kemenangan yang hampir.Allah menjanjikan kemenangan yang hampir kepada pejuang2 agamaNya walaupun bila kemenangan tersebut hanyalah di dalam ilmuNya.
Ayat ini sangat member motivasi kepada kita sebagai pejuang agamaNya.Tekadkan di hati, bahawa pertolongan Allha semakin hampir..
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan..pengorbanan dijadikan bukti keyakinan kita terhadap perjuangan yang kita dokongi.Pengorbanan juga menjadi bukti kesungguhan kita memperjuangkan agamaNya..
Pengorbanan menuntut kita mencapai hadaf 'al-mautu fi sabilillah, asma amanina' 'mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami'


berkorban untuk berjuang..

Tuesday, November 4, 2008

habis exam!!!

5 paper semua yg dah dilalui..


hari ni semua orang dah balik..tinggal berapa orangje tinggal.Terutama sahabat2 'edu' berpulun siapkan assignment dan mid term.Hari ni due assignment, boleh balik rumah dengan senang hati..



Bercakap tentang dah habis exam memang seronok, tapi bila teringatkan exam yg dah dilalui, gerun rasanya nak tunggu result..Apa yang aku dah jawab..apa la yg aku sempat baca..dan yang paling penting, adakah ilmu yg kupulun baca tempoh hari masih segar diingatanku..



mesej dr sahabat,


'maan najah for imtihan


do the best


let Allah do the rest..


Good luck..'



yes..let Allah do the rest..lepas kita berusaha, kita tawakal..Allah yang menentukan segalanya..


segala natijah dr-Nya pasti ada hikmah disebaliknya..