Tuesday, March 2, 2010

Gelombang kehidupan

pesan abah..
hidup kita di dunia ni ibarat berlayar di lautan..
sentiasa berdepan dengan gelombang dan ombak..
kadang-kadang gelombang melambung dengan kuatnya..
kadang kala lautan tenang ibarat tiada penghuni di dalamnya..

seperti kehidupan kita di dunia ini..
sentiasa berdepan dengan mehnah dan ujian dariNya..

gelombang seorang pelajar
berdepan dengan perasaan 'malas' untuk study
kadang kala dapat 'menangkap' apa yang guru ajarkan, kadang kala 'blur' tak memahami sepatah pun..
kadang kala berdepan dengan ujian 'niat' belajar hanya untuk 'exam' semata2..
mencari dimanakah nilai sesuatu ilmu..

gelombang pasangan suami isteri
sentiasa berdepan dengan fitnah dan prasangka
hidup berkeluarga dengan gelombang wang dan harta..
begitu juga gelombang kasih sayang yang didamba..
untuk mengimbangi gelombang yang datang agar tidak karam, tolak ansur dan keimanan menjadi benteng segala nya..

gelombang seorang guru
berdepan dengan berbagai karenah murid2 yg berbagai-bagai
kadang-kadang niat terpesong mengajar kerana 'gaji'
pesongan diseimbangkan dengan rasa cintakan menyebarkan ilmu
segalanya semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada anak bangsa..
ingin melihat generasi akan datang yang kaya dengan ilmu dan budi..

Apa yang berlaku disekeliling kita membuatkan kita lebih matang dalm hidup
dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh gelombang dan ombak
hanya usaha dan tawakkal membuatkan kita terus bersedia melayari bahtera tersebut..

Tuesday, January 12, 2010

Bermulalah hidup sebagai guru..



Bermula 11hb Januari 2010 hingga 30 April 2010, bermulalah kehidupan saya di sekolah sebagai seorang guru ..Masa yang saya nantikan sudah sekian lama.Ahlamdulillah dengan pengalaman 3 bulan setengah sebagai guru pelatih di sekolah, menjadi titik tolak untuk saya lebih bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan cita-cita sebagai pendidik..InsyaAllah

Ramai yang bertanya, "kenapa pilih nak jadi cikgu?kenapa taknak kerja ofis je?kenapa taknak jadi lecturer je trus..lagi senang, takyah pening2 dengan karenah perangai budak2 sekolah" dan banyak lagi pertanyaan yang pastinya takkan menggoyahkan cita-cita saya ini..

Ya Allah, Engkau tetapkanlah yang terbaik buatku..terbaik buat umatMu..dan pastinya terbaik untu ISLAM..

Alfatihah

kira-kira jam 2.50 petang Jumaat 8hb januari 2010, saya mendapat mesej dr kak teh akma, sepupu saya bahawa suaminya, abag fauzi telah kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah

Arwah abg fauzi yang sudah seminggu koma di hospital selayang akibat kemalangan motosikal yang ditungganginya bertembung dengan motorsikal juga.mengikut yang diceritakan, arwah dalam perjalann pulang ke rumah dr masjid berdekatan selepas solat maghrib di masjid berkenaan.Kemalangan yang berlaku di hadapan rumahnya itu dipercayai akibat bertembung denagan motosikal yang "gelap" tanpa lampu motor..

Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Jengka 20 kira-kira hampir jam 12.30 malam tersebut.Takziah dan sekalung doa buat kak teh dan keluarga atas kehilangan insan tersayang ini.semoga kak teh tabah menghadapi dugaan Allah ini.

teringat kata-kata dlm mesej irah dr mesir.."dalam masa setahun ni, 2 orang ahli keluarga terdekat kita meninggal.dua-dua suami dan masih muda"..

Ajal maut ditentukan oleh Allah.tak kira tua muda, miskin kaya, lelaki perempuan, semua akan berhadapan dengan kematian..

kira-kira 2 minggu yang lalu juga, ketika dalam perjalanan pulang dr jaulah di kelantan, sebuah kemalangan melibatkan 2 buah kereta di jalan Dungun telah menyebabkan 2 orang perempuan meninggal dunia.Saya juga menyaksikan saat kematian salah seorang dari perempuan tersebut ketika sahabat2 nursing dan medic sedang membantu menyelamatkan mangsa..Al Fatihah..

Betullah kata-kata "orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati"
Kematian di sekeliling kita adalah untuk mengingatkan orang yang hidup akan kepastian mati..
mengingatkan kita kematian yang pasti yang kita tidak tau bila waktunya..
mengingatkan kita adakah sudah mencukupi amalan yang akan kita bawa bertemu Ilahi nanti..
mengingatkan kita adakah dengan amalan kita, layakkah kita bersama para syuhada' dan Anbiya' do dalam syurga??

Wednesday, December 30, 2009

Cuti Bersama Al-Quran.


(ucapan penutup oleh ust Mujahid)


Ahmadulillah, 24hb Dis bersamaan khamis minggu lepas, Program "Cuti Bersama Al-Quran" telah berlabuh tirainya..Program sempena cuti sekolah tersebut berlangsung selama sebulan bermula pertengahan November lalu..

Program yang mensasarkan pelajar2 berumur 10-15 tahun yang berada di sekitar Chenor itu Alhamdulillah sangat mendapat sambutan kira-kira hampir 90 peserta menyertainya..

Pengisian program tersebut lebih kepada untuk mendekatkan para pelajar kepada Al-Quran terutama untuk mengisi masa lapang pelajar sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang sangat berfaedah. Program bermula pada jam 10 pagi hingga 1 petang setiap hari isnin hingga Khamis iaitu menghafal Al-Quran, doa-doa harian dan ilmu Tajwid.


(peserta program di majlis penutup)


Sekalung tahniah buat pengendalikan program iaitu oleh Guru Al-Quran Masjid Jamek Chenor, Ustaz Mujahid (my brother =)) di bwh Pejabat Agama Daerah Chenor..juga bersama beberapa fasilitator jemputan yang sangat komited..

Diharap program yang sangat bermanfaat ini akan diteruskan untuk semua lapisan masyarakat agar masyarakat lebih dekat dan cintakan Al-Quran..Kearah melahirkan generasi Al-Quran yang unik...yang mengamalkan Al-Quran disetiap aspek kehidupan..

Tingginya insan kerana Al-Quran
Mengasuh Ummah asas kekuatan
tetapi sayang ia ditinggalkan
Hanya menjadi lukisan zaman..
(sebahagian lagu tema program)


p/s: saya berkesempatan jadi fasilitator sehari je..tp dapat jgk sijil dan hadiah..huhu tima kasih sume..hehe

Monday, December 7, 2009

ujian dari-Nya

ujian..
sering datang tanpa disedari mahupun sedar
sering datang tanpa kita bersedia mengharunginya
sering datang tanpa menunjukkan penyelesaiannya
sering datang tanpa mengira siapa

ujian..
setiap orang akan diuji olehNya
tak kira setinggi mana darjat hambaNya
tak kira di lautan mana hambaNya berada
tak kira sejahat atau sebaik mana hambaNya
tak kira umur hambaNya

ujian..
setiap orang diuji dengan ujian yang berlainan
ayah dan ibu diuji dengan ragam anak-anaknya
si anak diuji dengan dugaan hawa nafsu dr rakan sebaya
si datuk diuji dengan pewaris yg tamakkan harta
cikgu diuji dengan karenah anak murid yang tanpa diduga
jurutera diuji dengan rasuah yang menghantui
ahli politik diuji dengan fitnah dan media

ujian..
mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
mengajar kita erti kehambaan
mengajar kita erti syukur padaNya
mengajar kita erti kekuatan pergantungan kepadaNya

ujian..
apabila sabar dan tabah
mendapat darjat di sisiNya

Semoga kita digolong dalam hambaNya yang sentiasa sabar dan bersyukur atas segala ujian dan nikmat yang diberikan olehNya..

Tuesday, October 20, 2009

Forum "sebat kerana arak, adilkah?"

jom datang beramai2...

Thursday, October 1, 2009

Selamat menuntut ilmu di perantauan...


Post kali ini di tujukan khas buat adikku, nadirah yang baru berlepas ke bumi Anbiya' Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mansurah..

1997
kita menghantar de di airport menuju ke Mesir..
1999
kita sekali lagi ke airport untuk menghantar ngah ke Mesir
kini...
29092009
kita sekali lagi menghantar irah ke airport juga menuju ke bumi Mesir

walaupun air mata sentiasa mengalir ketika penghantaran itu
bukan kerana mengenangkan diri yang akan kejauhan
bukan juga mendamba kerinduan di negara orang
bukan jua mengenangkan nasib berjauhan keluarga

sebaliknya..
harapan yang menggunung disebalik tangisan tersebut
harapan yang digalas bersama diri ke sana
harapan agar itqan dalam pencarian ilmu nanti
harapan agar mengutip semua mutiara ilmu yang terdapat di bumi Anbiya' itu
harapan agar pengalaman itu menguatkan diri
harapan agar ilmu mu yang ditimba berguna untukmu dan Islam

Gunakan peluang dan kesempatan ini sebaiknya untuk mengutip segala mutiara, intan dan permata di sana untuk kepentingan ummah dan Islam..

kami sekeluarga sentiasa mendoakan kebaikkanmu di sana
Doakan agar aku mengikut jejakmu ke bumi Anbiya' kelak..


Perantau musafir perjuangan
tabahkan lah hatimu
berjuang di rantau orang
sedih pilu tiada sapa yang tahu..