Sunday, October 19, 2008

modal insan gagal??

amat terkejut saya membaca berita harian khamis 16hb lalu berkaitan pelajar memukul dan menendang guru akibat dinasihati..Beristighfar panjang saya mendengarnya apatah lagi pelajar tersebut adalah pelajar PEREMPUAN..tak dapat saya gambarkan betapa 'sanggupnya' pelajar tersebut menendang guru mereka sendiri..dimana silapnya semua ini sehingga perkara begini terjadi..
Perasaan cuak+takut tiba2 datang..macamna saya nak jadi pendidik ni?sekarang pelajar dah macam ni, akan datang macamna?macam2 saya terfikir sehingga takut nk meneruskan impian dan cita2 sebagai pendidik ni..tiba2 saya terfikir, kalau semua berfikir macam saya, sape nak meneruskan usaha murni nak mendidik generasi akan datang ni?nak terus menerus melihat mereka hanyut+terpedaya dengan budaya2 hayal ni?budaya barat yang mereka ikuti terus bermaharajalela dan akhirnya mereka langsung tidak mengetahui tatasila dan akhlak murni sebagai muslim?
siapa nk kita persalahkan?
-ibu bapa yg tak mendidik anak mereka dengan didikan agama dr kecil?
-pelajar tu sendiri yg tak dapat membezakan antara baik dan buruk dan terlalu mengikut nafsu remaja sahaja?
-pihak sekolah yang tak mengawal ketat undang2 dan disiplin sekolah sehingga timbulnya sikap tersebut?
-guru itu sendiri kerana hanya "mengajar' dan menghabiskan silibus, bukan untuk "mendidik" dan menerapkan nilai2 Islam dalam pembelajaran dan berperanan sebagai murabbi..
-undang2 negara yg tak bertegas dalam undang2 Islam?
-siapa lagi dan siapa lagi nak kita salahkan??

Ya Allah..
selepas berfikir panjang..semangat untuk menjadi 'pendidik' semakin berkobar2..Semoga suatu hari nanti saya akan menjadi 'pendidik' dan 'murabbi' anak bangsa agar mereka dapat menjadi pemimpin akan datang yg syumul dr segala aspek, dunia dan akhirat..
Ya Allah tabahkanlah hati2 pendidik dan guru ini agar mereka tetap dalam usaha murni ini dan dapat melahirkan anak2 didik yg bersahsiah mulia dan berwawasan tinggi..

Saturday, October 18, 2008

Jalan-jalan cari makan..

Musafir saya semalam bertemakan 'jalan-jalan cari makan'..hehe
musafir bersama beberapa sahabat bertujuan asal hanya untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat sekolah lama bertukar menjadi ziarah hari raya dan perkongsian.
bertolak dari kuantan seawal 9pagi dengan perut lapar tanpa sarapan...Merasakan terlalu awal untuk sampai ke rumah pengantin, jam 11pg kami singgah berehat di r&r temerloh untuk bersarapan..mmm mee sup dan mee kari pilihan kami..Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan dengan hati dan perut gembira..
Oleh kerana terlalu awal juga untuk tiba di walimah tersebut, kami singgah beraya di salah seorang sahabat di temerloh..makan, bersembang...kami dapat tau salah seorang sahabat lama sedang mengadakan open house di salah sebuah taman di temerloh.Kami tanpa melengahkan masa, terus 'bergerak' ke majlis open house tersebut..makan lagi...huhu
Persinggahan awal kerana merasakan terlalu awal terlajakla pulak sampai hampir 2 jam..
kami pun meneruskan tujuan asal untuk ke majlis walimah tersebut.
Sampai di majlis, dah ramai sahabat2, cikgu2 dan kenalan dah sampai.yang dah balik pun ada..huhu.
kami terus mencari pengantin dan terus sesi fotografi..tahniah sahabat..semoga berbahagia dan dirahmati sehingga ke akhirnya..
berjumpa dengan sahabat2 lain sampai lupa nak makan..rasa macam sangat kenyang lagi lepas makan beraya tadi..jadi kami pun tak 'merasa' nak makan lauk kenduri
Jumpa dengan sahabat2 lama..macam2 dapat tau perkembangan terbaru..rasa macam baru je berpisah lepas spm dulu..masing2 dah habis belajar, dah kerja dan mcam2 lagi..



dah puas bergambar, kami ambil keputusan g semula rumah sahabt yg bt open house td untuk solat dan menikmati juadah seterusnya..huhu.makan lagi.



sambil berehat2 kami bercerita tentg perkembangn terkini sahabt2 lain dan mengingatkan kembali kisah2 dulu ketika kami di alam persekolahan..betapa indah persahabatan dan ukhwah ketika itu..huh..



kira2 jam 5pm baru kami bertolak pulang ke kuantan...






Sahabat2, ku doakan kalian sentiasa dlam bahagia bersama insan tersayang..ukwah yang dibina ini akan berkekalan hingga keakhirnya..



AMIN...




Friday, October 17, 2008

Pengharapan sepenuhnya kepadaMu..

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku, dan luaskanlah fahamku. Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu dan muliakanlah aku dengan cahaya kefahaman. Bukakanlah bagiku makrifah ilmu, berilah cahaya kepada hatiku sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan. Permudahkanlah bagiku pintu2 kurniaMu wahai yang maha penyayang..


"Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai".

Allahumma hasibni hisaban yaseera.Allahumma a'inna a'la zikrika wa syukrika wa husni i'badatika..


Ya Allah..kurniakanlah kemudahan dan ketenangan dalam kehidupan ini..


AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Thursday, October 16, 2008

Hari-hari dalam hidupku..

Baca tajuk entry mesti teringat tajuk buku yang menceritakan kisah hidup perjuangan Zainab Al-Ghazali..Penuh dengan ranjau dan duri ditempuhi dengan tabah..Semoga aku menjadi setabah itu..AMIN
Hari-hari yang aku lalui sangatlah berbeza dengan hari-hari srikandi Islam ini..huh tak tergambar perbezaannya..malu aku mengaku sebagai pejuang agamaNya..

Mengeluh kesah selalu bermain di bibir…
Tapi ujian, dugaan dan dakwah tak sehebat n sebanyak beliau
Tension, penat sentiasa menjadi alasan
Pedahal mereka tak pernah mengenal erti rehat



Tension?penat? stress?
Itu perkara biasa yang dialami oleh kita seharian..bila kerja banyak,banyak benda nak buat, mula la kita akan rasa sikit tension, stress…’adus,,susah nak control’..begitulah banyak keluh kesah ramai orang..
Sejak akhir-akhir ini topic ‘stress management’ selalu dibincangkanbersama rakan-rakan.Setiap orang berlainan cara untuk meng’control’ atau me’recover’ rasa stress..dan yang paling famos sekali adalah…TIDUR..:) sebagai cara untuk menghilangkan stress…anda macam mana??
Stress, adalah perkara biasa dalam kehidupan kita..yang paling penting, cara kita ‘menghandle” stress tu..handlelah dengan cara yg sepatutnya…dan melambangkan kita sebagai Muslim..fikir stress dr sudut positif..stress yang meningkatkan motivasi dan semangat kita… INSYAALLAH


Selamat Berjaya Final Exam kepada semua sahabat2 uia..


Monday, October 6, 2008

Raya oh Raya



cerita perihal raya memang tak pernah habis...lagi-lagila dah seminggu cuti raya.Balik hostel semua sibuk bercerita perihal raya masing-masing..

Apa yang menarik untuk saya ceritakan di sini adalah cuti raya kali ni adalah diantara cuti yang 'best' bagi saya.Apa yang best nya?

Raya tahun ni semua kesepuluh adik beradik menyambut 1 Syawal bersama...setelah long dan ngah berumah tangga dan ada yang beraya di perantauan..

2-3 hari sebelum raya dah sibuk dengan mengemas rumah, mengecat rumah, masak kuih raya dan sebagainya..Yang paling menarik sekali siap beli kamera untuk ambil gambar family waktu raya ..maklumla bukan senang nak kesepuluh adik beradik bersama..

tapi yang menyedihkan, walaupun kamera dah dibeli, tapi gambar 'satu family' tak dapat jugak ambil..

sibuk nak beraya sampai tak sempat nak bergambar bersama..biasalah, dah ramai susah pulak nak berkumpul..gambar candit je banyak..

Untuk menyedapkan hati, teh cakap, "kita edit je gambr-gambar tu, pastu jadikan semua gambar family dalam satu gambar,boleh kira bergambar sekali la kot"

huhu

kenangan paling tak dapat ku lupakan..


salam Eidulfitri..


Hari ni dah masuk hari raya aidilfitri yg ke-6..bermakna, dah 6 hari ku meninggalkan bulan Ramadhan yg penuh berkat..adakah Ramadhan yang kulalui itu benar-benar mnjadi 'madrasah tarbiyah' buatku untuk mengharungi perjuangan di 11 bulan yang mendatang?

adakah Ramadhan yang kulalui hanya sekadar penat lapar dan dahaga yang kuharapkan?Ataupun Ramadhan yang ku lalui hanya sekadar 'batu loncatan untuk bergembira menyambut Syawal yang penuh kemeriahan?


Adakah Syawal yang ku raikan benar-benar menjadi hari kemenangan setelah 'berjuang fisabilillah' di bulan Ramadhan?

Atau hanya sebagai meraikan hari perayaan seperti agama dan budaya lain?


Ya Allah..

Jadikanlah aku dikalangan hambaMu yang mendapat 'Rahmat, keampunan dan dibebaskan dari api neraka' di bulan Ramadhan..

Dan benar-benar meraikan kemenangan 'sebenar' ketika umat Islam menyambut Aidilfitri..


Adakah aku akan temui Ramadhan pada tahun hadapan?