Sunday, October 19, 2008

modal insan gagal??

amat terkejut saya membaca berita harian khamis 16hb lalu berkaitan pelajar memukul dan menendang guru akibat dinasihati..Beristighfar panjang saya mendengarnya apatah lagi pelajar tersebut adalah pelajar PEREMPUAN..tak dapat saya gambarkan betapa 'sanggupnya' pelajar tersebut menendang guru mereka sendiri..dimana silapnya semua ini sehingga perkara begini terjadi..
Perasaan cuak+takut tiba2 datang..macamna saya nak jadi pendidik ni?sekarang pelajar dah macam ni, akan datang macamna?macam2 saya terfikir sehingga takut nk meneruskan impian dan cita2 sebagai pendidik ni..tiba2 saya terfikir, kalau semua berfikir macam saya, sape nak meneruskan usaha murni nak mendidik generasi akan datang ni?nak terus menerus melihat mereka hanyut+terpedaya dengan budaya2 hayal ni?budaya barat yang mereka ikuti terus bermaharajalela dan akhirnya mereka langsung tidak mengetahui tatasila dan akhlak murni sebagai muslim?
siapa nk kita persalahkan?
-ibu bapa yg tak mendidik anak mereka dengan didikan agama dr kecil?
-pelajar tu sendiri yg tak dapat membezakan antara baik dan buruk dan terlalu mengikut nafsu remaja sahaja?
-pihak sekolah yang tak mengawal ketat undang2 dan disiplin sekolah sehingga timbulnya sikap tersebut?
-guru itu sendiri kerana hanya "mengajar' dan menghabiskan silibus, bukan untuk "mendidik" dan menerapkan nilai2 Islam dalam pembelajaran dan berperanan sebagai murabbi..
-undang2 negara yg tak bertegas dalam undang2 Islam?
-siapa lagi dan siapa lagi nak kita salahkan??

Ya Allah..
selepas berfikir panjang..semangat untuk menjadi 'pendidik' semakin berkobar2..Semoga suatu hari nanti saya akan menjadi 'pendidik' dan 'murabbi' anak bangsa agar mereka dapat menjadi pemimpin akan datang yg syumul dr segala aspek, dunia dan akhirat..
Ya Allah tabahkanlah hati2 pendidik dan guru ini agar mereka tetap dalam usaha murni ini dan dapat melahirkan anak2 didik yg bersahsiah mulia dan berwawasan tinggi..

0 comments: