Saturday, June 20, 2009

Yang bernama ABAH...


Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
“Pukulan bapa keatas anaknya bagaikan menyirami tanaman”


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman kanak-kanak..

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan matlamat hidup yang sebenar.Teringat ketika tiba musim cuti sekolah, sentiasa ada usrah samada lepas maghrib atau subuh..Pertanyaan yang sering ditanyakan oleh abah adalah “Apa matlamat kamu?” dan kami sering menjawab “nak dapat no. 1 dalam periksa”, “nak dapat 5A dalam UPSR” dan lain-lain..Namun kini, kami mengerti erti matlamat hidup yang sebenarnya..Supaya kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..manusia yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM dan insan yang berjasa kepada masyarakat..

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan budaya tidak membuang masa dan tepati masa.Setiap kali cuti sekolah, sebelum abah dan mak melangkah ke pejabat, kami akan ditinggalkan dengan ‘homework’ dan tugasan yang abah tetapkan.Samaada tugasan berbentuk karangan dan penulisan atau latihan pelajaran. Tepat jam 5.30 petang, abah sampai di rumah pulang dari pejabat, kami akan membacakan karangan dan penulisan masing-masing di hadapan abah atau menghantar apa-apa ahaja tugasan yang abah berikan.Kini, kami mengerti erti ‘masa’..Supaya kami menjadi insan yang sentiasa menghargai setiap saat masa yang ada dengan berfaedah.

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan dunia PERJUANGAN walaupun kami masih tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar..Tamrin, ceramah, muktamar sudah kedengaran selagi kecil walaupun tidak mengerti apakah sebenarnya.Kini, kami mengerti dan sentiasa akan ISTIQAMAH dalam perjuangan demi ISLAM tercinta

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan hidup berdikari.Seawal umur 9 tahun, abah menghantar kami tuisyen di bandar.Kami dilatih menaiki bas ketika pulang dari tuisyen.Jika hendak kemana-mana, abah latih kami menaiki bas, bukan hanya bergantung kepada abah.Abah juga sering menghantar kami ke kem-kem motivasi agar kami belajar hidup berdikari sejak kecil untuk persediaan ke alam remaja.


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman remaja..

Engkau menghantar kami ke sekolah agama.Samada dekat atau jauh.Samada kerajaan atau swastaSewaktu kami melangkah kealam remaja, alam mencari identity diri sendiri, abah dedahkan kami dengan kehidupan di tempat yang terjamin ‘biah solehah’ agar kami membesar dan terdidik dengan biah yang baik dan sempurna.Kini, kami mengerti dunia remaja amat penting untuk mendidik dan melatih kami untuk masa dewasa

Engkau mendidik kami dengan cara hidup ISLAM yang sempurna, terutama aspek pergaulan dan pakaian.Abah ingatkan kami tentang hukum hakam dalam batasan aurat dan pergaulan yang sempurna.Seawal usia awal remaja dan kanak-kanak, kami telah dilatih untuk menutup aurat dengan sempurna untuk persediaan ke alam baligh.Kini, kami mengerti dan akan tetap istiqamah agar cerminan muslimah dan muslimin sejati tertonjol dalam diri kami.


Abah..
Teringat ketika engkau mendidik kami sewaktu kami diawal dewasa..

Engkau ingatkan kami tentang dunia sebenar sebagai seorang dewasa.Dunia rumahtangga, dunia kerjaya, dunia yang penuh pancaroba dengan pangkat dan harta dan dunia yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengukirnya samada kearah kebaikan atau kejahatan..Engkau bekalkan kami dengan pelbagai cerita realiti yang banyak mengajar kami sebagai pedoman kami untuk melangkah kealam tersebut..Engkau tonjolkan peribadi abah sebagai seorang dewasa yang menjadi ikutan dan idola kami..


Abah..
Kini, sepuluh orang anak-anakmu sedang melangkah di alam kanak-kanak, remaja, awal dewasa dan dewasa..
Engkau doronglah kami supaya kami menjadi insan yang cemerlang di setiap peringkat kami berada..kanak-kanak yang cemerlang, remaja yang gemilang dan seorang dewasa yang terbilang..Walau dimana pun kami dan siapa pun kami,

Abah..
Engkau menjadi idola kami dalam segala segi..
Didikan, peribadi, semangat dan perjuangan..
Terima kasih segalanya…



Selamat Hari Bapa buat abah, Hj Aw Mohd Nor b Keria..
Kami bangga menjadi anak-anakmu…

0 comments: