Wednesday, March 11, 2009

PPSMI: satu pandangan dari kacamata seorang mahasiswa


-Saya amat tertarik dengan artikel di bawah.saya ambil artikel ini dr tranungkite.net
Harap dapat ambil intipati dan dapat membuka mata kita sebagai mahasiswa..
Selamat membaca'...


"Assalamualaikum. saya terpanggil disini untuk memberikan pendapat saya mengenai Pengajaran & Pembelajran Sains dan Matematik dalam dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari perspektif sebagai seorang mahasiswa. saya merupakan pelajar kurusus kejuruteraan di sebuah unviersiti IPTA yang mana kejuruteraan dan teknologi menjadi kurusus utama universiti ini. Untuk pengetahuan semua,boleh dikatakan 85% pensyarah subjek teras elekrik saya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengajaran walaupun buku rujukan yang menggunakan Bahasa Inggeris. saya melihat walaupun kami menggunakan buku rujukan luar,tetapi apabila belajar,kami lebih suka pensyarah manggunakan bahasa melayu.
Sudah menjadi lumrah manusia untuk lebiih faham sesuatu di dalam bahasa ibundanya. Jangan terkejut jika dikatakan pelajar Cina juga lebih selesa jika pensyarah menggunakan Bahasa Melayu. Bila ada istilah dalam Bahasa Inggeris,pensyarah akan menggunakan terus istilah asal dan tidak mengubahnya.Cuma bila penerangannya,pensyarah menggunakan Abhasa Melayu. Kami amat selesa dengan cara ini .
Apa pula kaitannya dengan PPSMI? Jika kami yang belajar subjek Elektrik (Sains) yang lebih kompleks lebih suka dan lebih mudah faham jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Inikan pula kita hendak suruh murid-murid yang baru hendak belajar sains dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ada orang yang mengatakan istilah-istlah Sains dan Matematik ini jika ditukarkan kedalam Bahasa Melayu,akan jadi kelakar. Ya mereka ini memang cukup bijak untuk menghina bahasa ibunda mereka sendiri. Jika kita tanya pada murid-murid pada hari ini, tahukah mereka apa itu ‘kebuk wasap’? bagaiman pula dengan ‘jelaga’. Istilah itu tidak lah terlalu pelik ketika sebelum PPSMI dilaksanakan. Kini murid-murid mungkin tidak tahu apakah istilah-istilah yang disebutkan tadi kerana perkataan itu telah mati dalam kamus murid-murid. Terbukti PPSMI mematikan Bahasa Melayu.Mengapa kita perlu mengagungkan bahsaa Inggeris? jika benar kita tidak akan maju kalau tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,mengapa Melaka boleh terkenal dengan zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 14 dimana Bahasa Melayu diangkat sebagai ‘lingua franca’. Jadi apakah kita tidak boleh untuk maju jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik? Kita lihat pula ketika zaman kegemilangan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Ketika itu, Cordova menjadi aset penting pada Eropah iaitu sebagai pusat ilmu dan mempunyai universitinya sendiri. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada juga yang mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. MasyaAllah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, bermulanya Renaissance di barat, mereka memulakan proses penterjemahan transkrip-tanskrip dari Bahasa Arab dan Latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, iaitu zaman Renaissance,zaman kebangkitan Eropah. Jika benarnya penyokong PPSMI mengatakan kita tidak akan maju jika tidak menggunakan Bahsa Inggeris,kenapa orang Eropah dan Barat sendiri boleh bangkit dari zaman gelap tanpa menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu ketika itu? Presiden Jacques Chirac kecewa bila setiausaha agung PBB, Ban Ki-Moon tidak pandai berbahasa Perancis. lihat betapa bangganya bangsa asing mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.
Saya pernah menghadiri temuduga JPA untuk pengajian bidang teknikal ke Korea selepas tamat pengajian SPM.semasa temudga dijalankan,saya dan rakan-rakan dalam sesi temuduga itu telah diberikan satu tajuk dan dikehendaki untuk membincangkannya.Dan saya gagal dalam temuduga itu. Saya gagal bukan kerana saya tidak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana soalan yang diberikan tidak memerlukan satu pun istilah Sains dan Matematik untuk saya menjawab soalan ketika temuduga tersebut. Saya gagal kerana saya kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum PPSMI dilaksanakan,wujud dua kumpulan:1-pelajar yang minat sains 2-pelajar yang tidak minat sains. Selepas PPSMI dilaksanakan,tiga kumpulan pula terbentuk:1-pelajar yang minat sains dan mahir Bahasa Inggeris,2- pelajar yang minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris dan 3- pelajar yang tidak minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris.Jadi disini apa yang perlu kerajaan lakukan adalah dengan menyeru guru-guru subjek Bahasa Inggeris memberi penekanan lebih ketika mengajar subjek Bahasa Inggeris ketika di dalam bilik darjah,dan bukannya mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris. Pernah guru Bahasa Inggeris saya yang berbangsa India ketika pengajian saya di Matrikulasi mengatakan,yang mana beliau tidak menyokong sama sekali PPSMI .PPSMI ini sebenarnya membunuh masa depan orang-orang melayu di kampung-kampung dan luar Bandar. Abang saya merupakan seorang guru subjek sains dan isterinya pula guru matematik,dan apabila saya bertanya kepada mereka tentang PPSMI, mereka juga menentang dan mengatakan para pelajar sukar untuk faham perkara asas subjek Sains dan Matematik dan menyebabkan kurang minat mereka terhadap Sains dan Matematik. Skor A mereka bukan kerana mereka betul-betul faham asas-asas dalam Sains dan Matematik itu,sebaliknya hanya kerana ingin lulus peperiksaan awam.Jangan kita memberi alsan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja maju walaupun menggunakan sebagai bahasa pengantar.HAPUSKAN PPSMI!!"

sekian lama..

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukurku padaMu ya Rabbi..

Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu handphone ku ini tidak berada di tangan ku..akhirnya Allah masih memberiku semula..

Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu berbagai-bagai dugaan untukku mendapatkannya semula, akhirnya Allah masih mentakdirkannya milikku semula..

Alhamdulillah..tidak terhingga kesyukuranku ini..



**********************


-harta di dunia bukan selamanya milik kita..Allah berkuasa 'menarik' dan 'mengembalikan' hak milik tersebut..teringat filem Indonesia bertajuk "KUN FAYAKUN"..Dengan sekelip mata Allah boleh memberikan rezeki berlipat ganda dan dengan sekelip mata juga Allah boleh mengambilnya semula..

-Teringat juga serangkap lagu

"Cintakan dunia,

Duniakan kau tinggalkan pergi"



Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit 'Al-Wahnu' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati...

akhirnya..



12 mac 2009
jam 1130am


Akhirnya saya melangkah kaki ke 'iium health centre' setelah lama melabel diri 'anti ubat'..




moral value:

1. sape sakit, makanla ubat.Ini adalah salah satu usaha dan tawakal kita untuk sihat disamping tidak melupakan doa kepada Allah Taala


2. menjadikan sakit satu kifarah dosa kita..hisab diri, mana silap dan dosa kita selama ni..

3. menjadikan sakit lebih mendekatkan diri kita dengan Allah Taala.Semoga Allah mempercepatkan menyembuhkan penyakit kita agar tugas kita sebagai daie dapat diteruskan..InsyaAllah








USAHA + TAWAKKAL(DOA)=KEJAYAAN(sihat)



AMEEN



(lama tak sebut..teringat waktu zaman nak peksa SPM dulu..)



Monday, March 2, 2009

POLIS WANITA di Iran

Teruja saya apabila membaca TKO (tranungkite online) hari ni..Artikel bertajuk 'Polis wanita di Iran'..boleh lihat gambar-gambar di bawah..
anda pasti kagum sambil mengucapkan SUBHANALLAH...












MasyaAllah..
Tiada alasan bagi wanita khususnya wanita muslimah untuk lebih aktif dalam usaha dakwah dan mempertahankan Islam lebih-lebih lagi dalam kegiatan lasak seperti gambar-gambar di atas.
Tiada alasan bg wanita muslimah untuk sentiasa lemah tanpa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti menjana stamina kita..'akal yang baik dtg dr badan yang sihat"..
Tiada alasan bagi wanita muslimah untuk membuka aurat apabila ingin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak dan kesukanan seperti ini.."tak semestinya nak memanjat kena pakai seluar ketat".."tak semestinya nak berenang kena pakai swimming suit yang sendat tu"..

"Apa yang penting...tutup aurat"
(sila alunkan ia seperti lagu wonderpet)

rujukan:

Saturday, February 28, 2009

untukmu sahabat..

u mean the WORLD to me!!
-ambik kata2 hum =) -



Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang..
Aku rindukan SAHABAT untuk berjihad..
KAWAN senda dan tawa..
SADIQ untuk sama2 beribadat..
RAKAN untuk sama2 bermuhasabah..
yang sama2 menuntut ilmu Allah...
sama2 bekerja demi Islam..
sama2 berkorban demiNya...
sama2 berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran...

thanks sahabat 2 be my friends...

Thank you ALLAH...


"Tanda syukur itulah TAAT
setiap tempat setiap waktu
syukur itu dapat dilihat
pada sikap dan tingkah laku"

"syukur itu sifat mulia
hindar dari tamak haloba
rasa cukup apa yang ada
hati tenang hidup sejahtera"

"Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah "

-sedikit petikan nasyid dari Syukur : Raihan-


Syukur..
ada yang mengatakan ia seperti ikhlas..senang diungkapkan tetapi susah untuk dilaksanakan..syukur bukan hanya mengucapkan 'Alhamdulillah' di bibir tapi perbuatan harian tidak menggambarkan kesyukuran dan 'segala puji bg Allah' yang sebenar..Hanya mengucapkan syukur atas rezekiNya tapi menggunakan rezeki tersebut ke arah bertentangan Islam atau lupa rezeki yang diberikan untuk amal-amal kebajikan malah untuk kepentingan diri sahaja..Seperti nasyid di atas mengatakan "Tanda syukur itulah TAAT"..Mengangkat rasa syukur kita atas rezeki Allah yang tidak terhingga ini dengan meningkatkan ketaatan kita kepadaNya..


Syukur...
ada yang bersyukur atas nikmat yang zahir atau yang dapat dilihat sahaja seperti dapat duit, dapt kereta baru dan lain-lain..tapi ramai yang lupa mengucapkan dan merasai nikmat syukur apabila dikurniakan nikmat yang tidak dapat dilihat..nikmat sihat, nikmat tenang, nikmat sabar, nikmat tabah dan lain-lain. kita selalu dengar 'nikmat yang paling besar dikurniakan oleh Allah adalah nikmat IMAN dan ISLAM'..tapi berapa muslim yang ingat akan nikmat-nikmat ini. dan seterusnya mengucapkan syukur padaNya.


syukur..
rahsia syukur ..1)Hati -tidak rasa memiliki dan tidak rasa dimiliki melainkan dimiliki oleh Allah S.W.T..- kita selalu merasakan segala yang kita ada adalah milik kita dan lupa untuk kita rasa syukur atas yang dimiliki itu..kita selalu juga merasakan rezeki yang kita terima itu atas disebabkan oleh 'seseorang' dan hanya berterima kasih dan syukur kepada 'seseorang' yang memberikan rezeki tersebut dan lupa mengucapkan syukur pada RABB yang mengurniakan rezeki tersebut melalui 'seseorang' tersebut..2)Lisan -mensyukuri nikmat yang masih tersisa-kita sering ingat dan kesali nikmat yang sudah tiada dan masih belum dimiliki tapi kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang masih tersisa pada kita walau sekecil biji sagu.."Alhamdulillah, kita masih ada ini..." 3)Berterima kasih sesama manusia..berterima kasih bukan sekadar mengucapkan'terima kasih' malah berterima kasih dengan mengingati kebaikannya dan berusaha membalas jasanya dan mendoakan kesejahteraannya..4)Gunakan nikmat yg ada untuk mendekatkan diri pada Allah Ar-Razzak..


syukur..
”Jangan ingat-ingat harta yg telah hilang, kerana rezeki kita adalah apa yg kita makan, dan apa yg kita pakai…selebihnya belum tentu rezeki kita…” "kalau rezeki kita sudah diambil orang, doakanlah semoga rezeki itu bermanfaat utk dia, dan kita dibalas dgn rezeki yg lebih banyak dan lebih baik dr yg hilang."..



-entry kali ini dedikasikan khas untuk diriku yang baru kehilangan 'barang' yang amat penting dalam hidupan harianku..dan setinggi-tinggi syukur Allah masih mengurniakan 'barang' tersebut kepadaku dengan mengurniakan "orang yang baik" yang menjumpai 'barang' tersebut...ALHAMDULILLAH

Sunday, February 1, 2009

DMPP saran pemimpin umat Islam mencontohi Toyyib Erdogan

-gambar dr bharian.com.my-
Sun Feb 01, 09 12:49:17 pm
Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Pemimpin negara umat Islam khususnya Malaysia perlu mencontohi keberanian dan ketegasan Perdana Menteri Turki, Rejab Toyyib Erdogan yang menyatakan kebenaran dan bantahan terhadap Presiden Israel, Simon Peres yang mendakwa Hamas mendorong Israel ke kancah peperarangan di Palestin.
Iklan
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengucapkan syabas dan menyokong penuh tindakan berani seorang pemimpin Islam yang meninggalkan forum ekonomi dunia di Switzerland kerana tidak diberi masa yang mencukupi untuk menjawab segala tuduhan Simon Peres.
Menurut beliau, sebenarnya dalam suasana sekarang umat Islam yang ditindas terutama di Palestin pemimpin yang berani dan tegas amat diperlukan bagi menentang kezaliman dan keganasan dilakukan berterusan.
"Kita harap pemimpin Malaysia yang diterajui BN dan mengaku sebagai orang Islam mesti menunjukkan keberanian sebagaimana yang dilakukan oleh Toyyib Erdorgan," tegasnya.
Beliau yang mewakili suara Muslimat seluruh negara berdoa agar pemimpin negara umat Islam yang lain khususnya negara-negara Arab turut mengikuti jejak langkah yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki.
Sepatutnya kata beliau, keberanian itu telah lama diambil oleh pemimpin negara-negara umat Islam.
Ini kerana tambah beliau dunia Islam telah dianugerahkan oleh Allah dengan banyak kekuatan antaranya hasil minyak dan sumber mentah.
Justeru dengan kekayaan itu mengapa pemimpin-pemimpin di negara umat Islam khususnya negara-negara Arab berasa takut dengan zionis Yahudi Israel dan tulang belakangnya, Amerika. "Sepatutnya umat Islam mesti lebih berani kerana kita berpegang dan bermohon dengan Allah yang Maha Berkuasa," tegasnya.
Dalam masa sama juga beliau membantah keras tindakan negara Mesir yang bersekongkol dengan Israel walaupun pimpinan negara itu mengatakan tidak mahu campur tangan.
Beliau berkata, Islam mengajar umat-Nya bersaudara dan rakyat Palestin yang sekarang sedang dizalimi dengan Israel sepatutnya mendapat bantuan daripada Mesir.
Katanya tindakan Mesir yang tidak menghulurkan bantuan terhadap rakyat Palestin itu merupakan satu tindakan kejam dan tidak berhati perut kerana lebih 1,500 rakyat Palestin telah dibunuh.
"Bagaimana jika perkara itu berlaku di Mesir dan negara-negara lain tidak mahu membantu," soalnya.