Tuesday, May 19, 2009

Sabar , kuasa sebenar kejayaan


Biasanya bila disebut perkataan ‘sabar’, perkataan lain yang terlintas dalam fikiran kita adalah ‘redha’ , ‘pasrah’ dan ‘berserah’..Sabar dan redha dengan musibah dan ketentuan Allah..

Bila seseorang kematian ahli keluarganya, kita mengucapkan takziah dan mengharap semoga dia sabar.. Bila kita lihat mukanya yang tenang dan redha atas kematian tersebut, kita berkata “sungguh sabar si pulan tu”…

Jadi, apa yang kita tafsirkan dengan sabar? Adakah sabar terlihat dengan memek muka dan luaran sahaja?Adakah sabar hanya kita redha dan pasrah dengan ujian tersebut? Adakah sabar mesti disertakan dengan tawakal?

“Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah “ ( Muhammad bin Shalih al-Munajjid)
Beliau jiga menyimpulkan sabar mempunyai maksud ‘mencegah, kedegilan dan keengganan’ di dalam bukunya ‘Silsilah Amalan Hati’

Apabila terbaca maksud sabar yang diberikan, terfikir saya beberapa kali..Apa yang dimaksudkan oleh beliau?
Saya cuba menukar tafsiran sabar dalam fikiran saya daripada pasrah kepada ‘menahan diri’..

Apabila seseorang ditimpa musibah kematian, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti menyalahkan orang lain, meronta-ronta menangisi kematian, dan paling buruk, menyalahkan Allah di atas kematian tersebut.Malah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menghadapi kehidupan akan datang.

Apabila seseorang mendapat kekayaan, dia bersabar dengan menahan diri daripada berbelanja dengan membazir dan diluar keperluan kita, menggunakan wang tersebut kea rah kejahatan dan lain-lain.Malah menggunakan kekayaan tersebut kearah kebaikan dan kebajikan.

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan terkutuk dan seterusnya sentiasa menjaga perhubungan sehingga di ijab kabulkan..

Apabila seseorang sedang dalam keadaan marah, dia bersabar dengan menahan diri daripada menghamburkan perkataan kesat, memukul dan mencederakan orang serta membalas dendam dengan perbuatan oarng yang membuat dia marah. Malah dia bersabar dengan mengambil wudu’ dan mengawal kemarahan dengan cara yang sepatutnya..

Apabila saya berfikir situasi-situasi diatas dan kaitkan dengan sabar, dapat disimpulkan sabar bukan sahaja apabila kita dalam kesusahan dan musibah,malah sabar dalam segala tindak tanduk kita dan semua perkara yang kita lakukan .Dalam berfikir, beremosi, berkomunikasi, musibah, kejaaan, beribadah dan sebagainya..

SABAR = menahan diri daripada melakukan perkara dilarang + terus berusaha capai kejayaan hakiki + tidak putus asa dan bersemangat dalam apa jua tindakan



“Barangsiapa yang berlatih untuk sabar, tentu Tuhan memberikan kesabaran kepadanya. Tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas yang diberikan kepada seseorang selain daripada KESABARAN”
(Bukhari Muslim)




Mari kita menjadi manusia yang tahu dan mahu untuk menjadi manusia yang sabar..
Semoga kehidupan kita sentiasa mendapat pertolongan Allah dan keberkatan-Nya.
Seterusnya mendapat kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

Itulah kuasa sebenar kejayaan..

0 comments: