Tuesday, August 11, 2009

belajar dari kungfu panda

Dalam karton Kungfu Panda Special, menceritakan tentang "secrets of the furious five" iaitu Mantis si belalang, Viper si ular, Crane si bangau,Tigress si harimau,dan monkey si beruk nakal.
Apa yg menarik dlm karton ni, menceritakan rahsia bagaimana kelima-lima furious five ini boleh menjadi 'wira'..

Mantis si belalang...
Master Mantis seekor belalang yang sangat tangkas dan pantas.Dia selalu menolong serangga-serangga yang lain dalam kesusahan dengan ketangkasan dan kepantasannya. Dia dianggap sebagai 'hero' diantara serangga. Tetapi, dia mempunyai satu kelemahan yang boleh mendatangkan masalah iaitu 'tidak sabar'..
Dikisahkan, si biri-biri mengharapkan bantuan Mantis untuk melawan sekumpulan penjahat buaya.Disebabkan ketidak sabarannya, dia terus bergerak menuju ke tempat buaya sebelum sempat binatang tersebut habis memberitahu info-info tentang buaya tersebut.Dan akibatnya, Mantis berjaya diperangkap oleh buaya dan dipenjarakan.
waiting and waiting...akhirnya Mantis menyedari bahawa kesabaran sangat penting dalam menangani sesuatu masalah selain 'brilliant plan' dan ketangkasan.dan dengan sifat ini, dia berjaya menerobos dr penjara dan melawan buaya-buaya tersebut..
"The mind-blowing power of patience"
Viper si ular
Viper merupakan anak kepada hero ular yang cekap melawan musuh dengan teknik patukan beracunnya..Kelahiran Viper yang diharapkan menjadi pewaris ketangkasan ayahnya mengundang kekecewaan ayahnya kerana dia tidak mempunyai 'fang' atau taring ular yang mengeluarkan racun berbisa.Tetapi viper mempunyai kelebihan pandai menari menggunakan riben merahnya.
Pada malam 'moon festival' , gorila jahat datang menyerang dan ayahnya menggunakan 'poison fang technique' yang selama ini menjadi kekuatannya.Malangnya, gorila berjaya mengalahkannya dan 'fang' ayahnya patah dan bermakna, kekuatannya hilang.Maka, viper bertindak untuk menolong ayahnya dalam kesusahan dengan menggunakan kelebihan yang ada iaitu menggunakan riben merahnya.Dan akhirnya, Viper berjaya mengalahkan gorila tersebut.

Crane si bangau
Crane bekerja sebagai tukang sapu di sebuah akademi kungfu haiwan-haiwan yang menempatkan haiwan-haiwan yang mahir dalam kungfu.Dengan badannya yang kurus, semua haiwan meremehkan ketangkasannya.Setiap hari, dia berlatih dan berlatih untuk menjadi salah seekor pelajar akademi tersebut.Pada hari pemilihan pelajar, dia berjaya membuatkan kekurusannya tidak menjadi penghalang kekuatannya.Dengan keyakinan pada diri sendiri yang ada padanya membuatkan dia berjaya melalui halangan-halangan dan akhirnya berjaya bergelar pelajar akademi tersebut..

Tigress si harimau.
Disebbkan tigress seekor harimau dan mempunyai kuku yang tajam dan tidak dapat mengawal kebengisannya, semua binatang di 'Bau Gu Orphanage' takut untuk mendekatinya. Akhirya, Bau Gu meminta pertolongan Shifu Dragon Warrior untuk melatih Tigress.Shifu mengajar Tigress untuk mengawal dirinya yang garang menggunakan kelebihan yanga dia ada iaitu kuku yang tajam.Latihan demi latihan..dan akhirnya Tigress berjaya mengawal kelebihan yang ada untuk kebaikan semua.Semua haiwan di situ tidak takut lagi berkawan dengannya..

Monkey
Monkey seekor beruk yang sangat nakal dan tangkas.Dia suka mengusik haiwan disekitarnya denagan kulit-kulit pisang yang menyebabkan haiwan-haiwan di situ tidak menyukainya.Haiwan-haiwan tersebut membuat keputusan untuk membuatkan monkey keluar dari tempat mereka.Berbagai cara mereka lakukan tapi tidak berjaya.Akhirnya, sifu kura-kura berjaya mengalahkannya dan membuatkannya insaf dan menggunakan kemahiran yang ada untuk kebaikan, bukan keburukan dan sifat 'compassion'.

moral values:
1)Kesabaran dalam ketangkasan
2)don't judge the book by it's cover.kelemahan seseorang yang dianggap kelemahan sebenarnya sebenarnya kelebihan yang tidak dilihat.
3) practice make improvement..confidence pada diri sendiri.
4)Kawal diri dan kawal kelebihan yang ada untuk kebaikan semua..
dll....

Wednesday, July 29, 2009

insurans dunia vs insurans akhirat

insurans dunia..
penting...
sekarang pilih je nak menggunakan insurans jenis apa...MAA, BSN prudential, takaful Malaysia, etica dan banyak lagi..banyak kepentingan2 yang dapat dengannya..pampasan kematian, kemalangan, kecacatan, medical kad dan macm2 lagi.. bersusah2 dulu waktu bayar tiap2 bulan tapi akhirnya untuk kemudahan kita apabila menghadapi waktu sukar samada untuk diri sendiri atau ahli keluarga...
(sinar harian pahang- 27hb julai09)

insurans akhirat..
lagi penting...
ramai orang lupa..insurans kita untuk menjamin alam akhirat kita yang terjamin lagi penting..bersusahlah kita didunia mengumpul amal ibadat dan kebaikan samada untuk kebaikan diri sendiri atau umat keseluruhannya...amar ma'ruf nahi mungkar...berjuang sehingga Islam tertegak menjadi khalifah Islamiyah...dan sebagainya..semuanya untuk menjamin ganjaran dan kehidupan bertemu Allah yang baik iaitu syurga Allah...

(wafiy disamping kubur arwah ayahnya, abang long)

AlFatihah buat :
Arwah Abang long (6 april 2009)
Arwah Nabil Marwan (2 Julai 2009)
Arwah Nor Maslina (29 Julai 09)

Tuesday, July 21, 2009

ayat tema =)


"Bahkan barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.."

(Al-Baqarah : 112)

Thursday, July 9, 2009

Wajah Baru =)

Alhamdulillah.
sempena beberapa hari lagi nak masuk sem 1 semula, blog saya kini berwajah baru..

dengan semangat baru, azam baru, semoga kehidupan sebagai mahasiswi tahun akhir kini bertambah semangat dan berkobar-kobar..


Kini, setelah setahun blog saya berwajah sama, kini ia berwajah baru bersama2 azam baru...

Tuesday, June 30, 2009

Kemuliaan remaja berakhlak


Di padang Mahsyar kelak, remaja berakhlak mulia akan mendapat kemuliaan di sisi Allah..mereka akan disambut dengan pujian dan sanjungan daripada para malaikat..Allah S.W.T menyambut mereka dengan ucapan “Selamat Datang wahai para remaja yang baik”..Betapa mulianya mereka, kedatangan mereka disambut oleh Allah S.W.T.. Kemudian Allah perintahkan malaikat supaya tempatkan mereka di sebelah kanan Mahsyar dan sediakan mereka bendera berwarna hijau. Dan Allah menyeru Nabi Yusuf a.s menerima bendera tersebut untuk mengetuai para remaja yang berakhlak tersebut..Maka mereka bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s kerana masa muda remaja yang dimanfaatkan ke jalan Allah..

Sungguh mulia remaja ini di sisi Allah..jom kita berebut-rebut untuk mendapat kemuliaan bersama-sama panji Nabi Yusuf a.s.

Remaja di awal usia remaja .. zaman untuk mencuba banyak perkara yang baru dlm hidup mereka..bagaikan mereka baru terlepas dari satu penjara kanak-kanak ke alam kebebasan seorang remaja. Di zaman ini, hidup remaja penuh dengan dugaan dan cabaran..keseronokan, rakan sebaya, media, pergaulan dan lain-lain..Di usia inilah saat yg paling penting untuk didikan akhlak yang sempurna agar mereka mengharungi dunia remaja dengan akal fikiran yang waras dan berteraskan akhlak Islamiyah.

Dengan fizikal kita yang masih kuat, dengan akal fikiran kita yg masih ‘fresh’..dengan semangat kita yang masih membara..dengan cita-cita kita yang menggunung…
Mari kita sumbangkan seluruh jiwa, raga dan segalanya demi Islam..Serlahkan keremajaan kita demi Islam..Tingkatkan ruh semangat juang kita demi Islam..

Adakah saya akan digolongkan bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s di padang Mahsyar kelak??

Menghadapi mati bahagian 1


Alhamdulillah hari selasa 23 Jun baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri satu siri Ceramah Penerapan Nilai Islam Jabatan Perangkaan Malaysia yang diadakan setiap bulan..Ceramah semalam disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus.Kedatangan ustaz yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua warga Jabatan Perangkaan ini disambut oleh hampir 1/3 dari warga jabatan..

Ceramah ustaz yang bertajuk “Menghadapi mati dan alam barzakh” sangat memberi kesan kepada warga dewan walaupun ustaz menyelitkan juga unsur-unsur humor..

InsyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit tentang pengisian yang ustaz sampaikan untuk persediaan dan bekalan untuk kita menghadapi saat kematian yang pasti yang kita tidak tahu bilakah masanya..

Di awal ceramah, ustaz menceritakan mengenai pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya, “jika kamu melalui majlis yang ada menyebut nama Allah, singgahlah, Jika majlis tersebut mendapat rahmat, kamu boleh menumpang sama..Jika ada majlis yang tidak menyebut nama Allah, janganlah singgah, takut-takut jika ada bala, nanti kita akan ditimpa sama..” Alhamdulillah mari kita sama-sama meng’imarahkan majlis-majlis yang menyebut nama Allah ..

Kematian adalah pasti dan tidak boleh elak....bila sebut pasal mati, semua orang takut..kenapa kita mesti takut perkara yang sudah pasti kita akan hadapinya?? Sepatutnya kita merasa takut dengan persiapan untuk menghadapi mati iaitu amalan yang kita akan bawa masih tidak mencukupi..

Mari kita mencontohi kisah Khalid al-Walid yang terkenal dengan sangat berani dalam setiap peperangan untuk mati syahid sehingga ada 99 liang luka di badannya tetapi Allah takdirkan dia mati sakit dia atas katil.,Rasulullah bertanya kepada dia “kenapa kamu menangis?adakah kamu takut untuk menghadapi mati?” dia menjawab “Aku bukan menangis kerana takut, tetapi aku menangis kerana aku tak dapat mati dalam peperangan iaitu mati syahid, tapi aku mati sama seperti manausia lain.”

“Dunia penjara bg org mukmin, dan syurga bg org kafir”..dunia adalah sementara dan hanya persinggahan..Seperti kita menaiki sebuah kapal,,apabila singgah di sebuah pulau, kapten minta kita berehat dan ambil apa yg ada di pulau seperti buah, air dll dan naik semula kapal pada pukul 2..Maka mereka tergolong dalam 3 kumpulan..ada diantara mereka yg naik tepat jam dua dan akan masuk di tempat 1st class , ada yang leka bermain pantai sehingga terlewat menaiki kapal dan mereka masuk di tempat 2nd class dan yang terakhir, ada yang leka bermain sehingga terus kena tinggal..Begitulah kita di dunia ini..Semoga kita digolongkan bersama golongan yang pertama..

“Tiap yg bernyawa pasti merasai mati..hidup untuk mati..barangsiapa taknak mati, jangan hidup”..Hidup kita adalah untuk mencari bekal untuk menghadap Ilahi kelak..

Mati bermaksud berpisah roh n jasad dan diibaratkan seperti seekor burung dan sangkar..Apabila burung terlepas dari sangkar, lama kelamaan sangkar akan cepat buruk dan reput..Begitulah kita, apabila roh kembali pada Allah, tubuh badan kita akan hancur dimamah bumi dan tiada erti. Roh adalah yang terpenting dan perlu diberi makanan iaitu amalan kita di dunia.

Marilah kita banyakkan amalan selagi kita masih di zaman “Minyak wangi” sebelum kita masuk ke zaman “minyak cap kapak” nanti..


Orang yg cerdik itu adalah org yang mengingati mati dan yang beramal untuk mati..Org yg paling bahagia di akhirat adalah org yg banyak beristighfar, sentiasa muraqabah(merenung masa depan) dan muhasabah terhadap diri kita..


sambung..

Saturday, June 20, 2009

Yang bernama ABAH...


Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
“Pukulan bapa keatas anaknya bagaikan menyirami tanaman”


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman kanak-kanak..

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan matlamat hidup yang sebenar.Teringat ketika tiba musim cuti sekolah, sentiasa ada usrah samada lepas maghrib atau subuh..Pertanyaan yang sering ditanyakan oleh abah adalah “Apa matlamat kamu?” dan kami sering menjawab “nak dapat no. 1 dalam periksa”, “nak dapat 5A dalam UPSR” dan lain-lain..Namun kini, kami mengerti erti matlamat hidup yang sebenarnya..Supaya kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..manusia yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM dan insan yang berjasa kepada masyarakat..

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan budaya tidak membuang masa dan tepati masa.Setiap kali cuti sekolah, sebelum abah dan mak melangkah ke pejabat, kami akan ditinggalkan dengan ‘homework’ dan tugasan yang abah tetapkan.Samaada tugasan berbentuk karangan dan penulisan atau latihan pelajaran. Tepat jam 5.30 petang, abah sampai di rumah pulang dari pejabat, kami akan membacakan karangan dan penulisan masing-masing di hadapan abah atau menghantar apa-apa ahaja tugasan yang abah berikan.Kini, kami mengerti erti ‘masa’..Supaya kami menjadi insan yang sentiasa menghargai setiap saat masa yang ada dengan berfaedah.

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan dunia PERJUANGAN walaupun kami masih tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar..Tamrin, ceramah, muktamar sudah kedengaran selagi kecil walaupun tidak mengerti apakah sebenarnya.Kini, kami mengerti dan sentiasa akan ISTIQAMAH dalam perjuangan demi ISLAM tercinta

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan hidup berdikari.Seawal umur 9 tahun, abah menghantar kami tuisyen di bandar.Kami dilatih menaiki bas ketika pulang dari tuisyen.Jika hendak kemana-mana, abah latih kami menaiki bas, bukan hanya bergantung kepada abah.Abah juga sering menghantar kami ke kem-kem motivasi agar kami belajar hidup berdikari sejak kecil untuk persediaan ke alam remaja.


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman remaja..

Engkau menghantar kami ke sekolah agama.Samada dekat atau jauh.Samada kerajaan atau swastaSewaktu kami melangkah kealam remaja, alam mencari identity diri sendiri, abah dedahkan kami dengan kehidupan di tempat yang terjamin ‘biah solehah’ agar kami membesar dan terdidik dengan biah yang baik dan sempurna.Kini, kami mengerti dunia remaja amat penting untuk mendidik dan melatih kami untuk masa dewasa

Engkau mendidik kami dengan cara hidup ISLAM yang sempurna, terutama aspek pergaulan dan pakaian.Abah ingatkan kami tentang hukum hakam dalam batasan aurat dan pergaulan yang sempurna.Seawal usia awal remaja dan kanak-kanak, kami telah dilatih untuk menutup aurat dengan sempurna untuk persediaan ke alam baligh.Kini, kami mengerti dan akan tetap istiqamah agar cerminan muslimah dan muslimin sejati tertonjol dalam diri kami.


Abah..
Teringat ketika engkau mendidik kami sewaktu kami diawal dewasa..

Engkau ingatkan kami tentang dunia sebenar sebagai seorang dewasa.Dunia rumahtangga, dunia kerjaya, dunia yang penuh pancaroba dengan pangkat dan harta dan dunia yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengukirnya samada kearah kebaikan atau kejahatan..Engkau bekalkan kami dengan pelbagai cerita realiti yang banyak mengajar kami sebagai pedoman kami untuk melangkah kealam tersebut..Engkau tonjolkan peribadi abah sebagai seorang dewasa yang menjadi ikutan dan idola kami..


Abah..
Kini, sepuluh orang anak-anakmu sedang melangkah di alam kanak-kanak, remaja, awal dewasa dan dewasa..
Engkau doronglah kami supaya kami menjadi insan yang cemerlang di setiap peringkat kami berada..kanak-kanak yang cemerlang, remaja yang gemilang dan seorang dewasa yang terbilang..Walau dimana pun kami dan siapa pun kami,

Abah..
Engkau menjadi idola kami dalam segala segi..
Didikan, peribadi, semangat dan perjuangan..
Terima kasih segalanya…



Selamat Hari Bapa buat abah, Hj Aw Mohd Nor b Keria..
Kami bangga menjadi anak-anakmu…