Thursday, November 13, 2008
perjuangan itu satu kebanggaan, pengorbanan itu satu kemuliaan
tiada dakwah tanpa perjuangan / jihad
tiada perjuangan tanpa pengorbanan
itulah salah satu ungkapan dalam sebuah buku 'fiqh harakah' karangan ust nasarudin Tantawi.
segalanya memerlukan pengobanan.sebagai pelajar,kena berkorban, sebagai anak, kena berkorban, segalanya kena berkorban.Apatah lagi sebagai dai'e ilallah untuk menegakkan kalimah suci di muka bumi ini yang kini semakin di bawa terbang oleh taufan zaman modenisasi.
memetik surah As-soff ayat 10-13 ,
menyatakan tawaran Allah umpama sebuah perniagaan yang lumayan yang dapat menyelamatkan kita dr azab pedih iaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa sepenuhnya..
ayat ini menerangkan sesiapa yang menyahut tawaran Allah di atas, Allah akan memberikan kemenangan yang besar (fauzun 'azim) iaitu pelepasan dr api neraka, keampunan, dimasukkan ke dalam syurga serta tempat tinggal yang baik di dalam syurga kelak.Namun Allah mengurniakan kurnia yang lebih disukai oleh manusia iaitu pertolongan dr Allah dan kemenangan yang hampir.Allah menjanjikan kemenangan yang hampir kepada pejuang2 agamaNya walaupun bila kemenangan tersebut hanyalah di dalam ilmuNya.
Ayat ini sangat member motivasi kepada kita sebagai pejuang agamaNya.Tekadkan di hati, bahawa pertolongan Allha semakin hampir..
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan..pengorbanan dijadikan bukti keyakinan kita terhadap perjuangan yang kita dokongi.Pengorbanan juga menjadi bukti kesungguhan kita memperjuangkan agamaNya..
Pengorbanan menuntut kita mencapai hadaf 'al-mautu fi sabilillah, asma amanina' 'mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami'
berkorban untuk berjuang..
Tuesday, November 4, 2008
habis exam!!!
hari ni semua orang dah balik..tinggal berapa orangje tinggal.Terutama sahabat2 'edu' berpulun siapkan assignment dan mid term.Hari ni due assignment, boleh balik rumah dengan senang hati..
Bercakap tentang dah habis exam memang seronok, tapi bila teringatkan exam yg dah dilalui, gerun rasanya nak tunggu result..Apa yang aku dah jawab..apa la yg aku sempat baca..dan yang paling penting, adakah ilmu yg kupulun baca tempoh hari masih segar diingatanku..
mesej dr sahabat,
'maan najah for imtihan
do the best
let Allah do the rest..
Good luck..'

yes..let Allah do the rest..lepas kita berusaha, kita tawakal..Allah yang menentukan segalanya..
segala natijah dr-Nya pasti ada hikmah disebaliknya..
Sunday, October 19, 2008
modal insan gagal??
Perasaan cuak+takut tiba2 datang..macamna saya nak jadi pendidik ni?sekarang pelajar dah macam ni, akan datang macamna?macam2 saya terfikir sehingga takut nk meneruskan impian dan cita2 sebagai pendidik ni..tiba2 saya terfikir, kalau semua berfikir macam saya, sape nak meneruskan usaha murni nak mendidik generasi akan datang ni?nak terus menerus melihat mereka hanyut+terpedaya dengan budaya2 hayal ni?budaya barat yang mereka ikuti terus bermaharajalela dan akhirnya mereka langsung tidak mengetahui tatasila dan akhlak murni sebagai muslim?
siapa nk kita persalahkan?
-ibu bapa yg tak mendidik anak mereka dengan didikan agama dr kecil?
-pelajar tu sendiri yg tak dapat membezakan antara baik dan buruk dan terlalu mengikut nafsu remaja sahaja?
-pihak sekolah yang tak mengawal ketat undang2 dan disiplin sekolah sehingga timbulnya sikap tersebut?
-guru itu sendiri kerana hanya "mengajar' dan menghabiskan silibus, bukan untuk "mendidik" dan menerapkan nilai2 Islam dalam pembelajaran dan berperanan sebagai murabbi..
-undang2 negara yg tak bertegas dalam undang2 Islam?
-siapa lagi dan siapa lagi nak kita salahkan??
Ya Allah..
selepas berfikir panjang..semangat untuk menjadi 'pendidik' semakin berkobar2..Semoga suatu hari nanti saya akan menjadi 'pendidik' dan 'murabbi' anak bangsa agar mereka dapat menjadi pemimpin akan datang yg syumul dr segala aspek, dunia dan akhirat..
Ya Allah tabahkanlah hati2 pendidik dan guru ini agar mereka tetap dalam usaha murni ini dan dapat melahirkan anak2 didik yg bersahsiah mulia dan berwawasan tinggi..
Saturday, October 18, 2008
Jalan-jalan cari makan..
musafir bersama beberapa sahabat bertujuan asal hanya untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat sekolah lama bertukar menjadi ziarah hari raya dan perkongsian.
bertolak dari kuantan seawal 9pagi dengan perut lapar tanpa sarapan...Merasakan terlalu awal untuk sampai ke rumah pengantin, jam 11pg kami singgah berehat di r&r temerloh untuk bersarapan..mmm mee sup dan mee kari pilihan kami..Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan dengan hati dan perut gembira..
Oleh kerana terlalu awal juga untuk tiba di walimah tersebut, kami singgah beraya di salah seorang sahabat di temerloh..makan, bersembang...kami dapat tau salah seorang sahabat lama sedang mengadakan open house di salah sebuah taman di temerloh.Kami tanpa melengahkan masa, terus 'bergerak' ke majlis open house tersebut..makan lagi...huhu
Persinggahan awal kerana merasakan terlalu awal terlajakla pulak sampai hampir 2 jam..
kami pun meneruskan tujuan asal untuk ke majlis walimah tersebut.
Sampai di majlis, dah ramai sahabat2, cikgu2 dan kenalan dah sampai.yang dah balik pun ada..huhu.
kami terus mencari pengantin dan terus sesi fotografi..tahniah sahabat..semoga berbahagia dan dirahmati sehingga ke akhirnya..
berjumpa dengan sahabat2 lain sampai lupa nak makan..rasa macam sangat kenyang lagi lepas makan beraya tadi..jadi kami pun tak 'merasa' nak makan lauk kenduri
Jumpa dengan sahabat2 lama..macam2 dapat tau perkembangan terbaru..rasa macam baru je berpisah lepas spm dulu..masing2 dah habis belajar, dah kerja dan mcam2 lagi..
Friday, October 17, 2008
Pengharapan sepenuhnya kepadaMu..

Thursday, October 16, 2008
Hari-hari dalam hidupku..
Hari-hari yang aku lalui sangatlah berbeza dengan hari-hari srikandi Islam ini..huh tak tergambar perbezaannya..malu aku mengaku sebagai pejuang agamaNya..
Mengeluh kesah selalu bermain di bibir…
Tapi ujian, dugaan dan dakwah tak sehebat n sebanyak beliau
Tension, penat sentiasa menjadi alasan
Pedahal mereka tak pernah mengenal erti rehat

Tension?penat? stress?
Itu perkara biasa yang dialami oleh kita seharian..bila kerja banyak,banyak benda nak buat, mula la kita akan rasa sikit tension, stress…’adus,,susah nak control’..begitulah banyak keluh kesah ramai orang..
Sejak akhir-akhir ini topic ‘stress management’ selalu dibincangkanbersama rakan-rakan.Setiap orang berlainan cara untuk meng’control’ atau me’recover’ rasa stress..dan yang paling famos sekali adalah…TIDUR..:) sebagai cara untuk menghilangkan stress…anda macam mana??
Stress, adalah perkara biasa dalam kehidupan kita..yang paling penting, cara kita ‘menghandle” stress tu..handlelah dengan cara yg sepatutnya…dan melambangkan kita sebagai Muslim..fikir stress dr sudut positif..stress yang meningkatkan motivasi dan semangat kita… INSYAALLAH
Selamat Berjaya Final Exam kepada semua sahabat2 uia..




