Tuesday, June 30, 2009

Kemuliaan remaja berakhlak


Di padang Mahsyar kelak, remaja berakhlak mulia akan mendapat kemuliaan di sisi Allah..mereka akan disambut dengan pujian dan sanjungan daripada para malaikat..Allah S.W.T menyambut mereka dengan ucapan “Selamat Datang wahai para remaja yang baik”..Betapa mulianya mereka, kedatangan mereka disambut oleh Allah S.W.T.. Kemudian Allah perintahkan malaikat supaya tempatkan mereka di sebelah kanan Mahsyar dan sediakan mereka bendera berwarna hijau. Dan Allah menyeru Nabi Yusuf a.s menerima bendera tersebut untuk mengetuai para remaja yang berakhlak tersebut..Maka mereka bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s kerana masa muda remaja yang dimanfaatkan ke jalan Allah..

Sungguh mulia remaja ini di sisi Allah..jom kita berebut-rebut untuk mendapat kemuliaan bersama-sama panji Nabi Yusuf a.s.

Remaja di awal usia remaja .. zaman untuk mencuba banyak perkara yang baru dlm hidup mereka..bagaikan mereka baru terlepas dari satu penjara kanak-kanak ke alam kebebasan seorang remaja. Di zaman ini, hidup remaja penuh dengan dugaan dan cabaran..keseronokan, rakan sebaya, media, pergaulan dan lain-lain..Di usia inilah saat yg paling penting untuk didikan akhlak yang sempurna agar mereka mengharungi dunia remaja dengan akal fikiran yang waras dan berteraskan akhlak Islamiyah.

Dengan fizikal kita yang masih kuat, dengan akal fikiran kita yg masih ‘fresh’..dengan semangat kita yang masih membara..dengan cita-cita kita yang menggunung…
Mari kita sumbangkan seluruh jiwa, raga dan segalanya demi Islam..Serlahkan keremajaan kita demi Islam..Tingkatkan ruh semangat juang kita demi Islam..

Adakah saya akan digolongkan bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s di padang Mahsyar kelak??

Menghadapi mati bahagian 1


Alhamdulillah hari selasa 23 Jun baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri satu siri Ceramah Penerapan Nilai Islam Jabatan Perangkaan Malaysia yang diadakan setiap bulan..Ceramah semalam disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus.Kedatangan ustaz yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua warga Jabatan Perangkaan ini disambut oleh hampir 1/3 dari warga jabatan..

Ceramah ustaz yang bertajuk “Menghadapi mati dan alam barzakh” sangat memberi kesan kepada warga dewan walaupun ustaz menyelitkan juga unsur-unsur humor..

InsyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit tentang pengisian yang ustaz sampaikan untuk persediaan dan bekalan untuk kita menghadapi saat kematian yang pasti yang kita tidak tahu bilakah masanya..

Di awal ceramah, ustaz menceritakan mengenai pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya, “jika kamu melalui majlis yang ada menyebut nama Allah, singgahlah, Jika majlis tersebut mendapat rahmat, kamu boleh menumpang sama..Jika ada majlis yang tidak menyebut nama Allah, janganlah singgah, takut-takut jika ada bala, nanti kita akan ditimpa sama..” Alhamdulillah mari kita sama-sama meng’imarahkan majlis-majlis yang menyebut nama Allah ..

Kematian adalah pasti dan tidak boleh elak....bila sebut pasal mati, semua orang takut..kenapa kita mesti takut perkara yang sudah pasti kita akan hadapinya?? Sepatutnya kita merasa takut dengan persiapan untuk menghadapi mati iaitu amalan yang kita akan bawa masih tidak mencukupi..

Mari kita mencontohi kisah Khalid al-Walid yang terkenal dengan sangat berani dalam setiap peperangan untuk mati syahid sehingga ada 99 liang luka di badannya tetapi Allah takdirkan dia mati sakit dia atas katil.,Rasulullah bertanya kepada dia “kenapa kamu menangis?adakah kamu takut untuk menghadapi mati?” dia menjawab “Aku bukan menangis kerana takut, tetapi aku menangis kerana aku tak dapat mati dalam peperangan iaitu mati syahid, tapi aku mati sama seperti manausia lain.”

“Dunia penjara bg org mukmin, dan syurga bg org kafir”..dunia adalah sementara dan hanya persinggahan..Seperti kita menaiki sebuah kapal,,apabila singgah di sebuah pulau, kapten minta kita berehat dan ambil apa yg ada di pulau seperti buah, air dll dan naik semula kapal pada pukul 2..Maka mereka tergolong dalam 3 kumpulan..ada diantara mereka yg naik tepat jam dua dan akan masuk di tempat 1st class , ada yang leka bermain pantai sehingga terlewat menaiki kapal dan mereka masuk di tempat 2nd class dan yang terakhir, ada yang leka bermain sehingga terus kena tinggal..Begitulah kita di dunia ini..Semoga kita digolongkan bersama golongan yang pertama..

“Tiap yg bernyawa pasti merasai mati..hidup untuk mati..barangsiapa taknak mati, jangan hidup”..Hidup kita adalah untuk mencari bekal untuk menghadap Ilahi kelak..

Mati bermaksud berpisah roh n jasad dan diibaratkan seperti seekor burung dan sangkar..Apabila burung terlepas dari sangkar, lama kelamaan sangkar akan cepat buruk dan reput..Begitulah kita, apabila roh kembali pada Allah, tubuh badan kita akan hancur dimamah bumi dan tiada erti. Roh adalah yang terpenting dan perlu diberi makanan iaitu amalan kita di dunia.

Marilah kita banyakkan amalan selagi kita masih di zaman “Minyak wangi” sebelum kita masuk ke zaman “minyak cap kapak” nanti..


Orang yg cerdik itu adalah org yang mengingati mati dan yang beramal untuk mati..Org yg paling bahagia di akhirat adalah org yg banyak beristighfar, sentiasa muraqabah(merenung masa depan) dan muhasabah terhadap diri kita..


sambung..

Saturday, June 20, 2009

Yang bernama ABAH...


Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
“Pukulan bapa keatas anaknya bagaikan menyirami tanaman”


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman kanak-kanak..

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan matlamat hidup yang sebenar.Teringat ketika tiba musim cuti sekolah, sentiasa ada usrah samada lepas maghrib atau subuh..Pertanyaan yang sering ditanyakan oleh abah adalah “Apa matlamat kamu?” dan kami sering menjawab “nak dapat no. 1 dalam periksa”, “nak dapat 5A dalam UPSR” dan lain-lain..Namun kini, kami mengerti erti matlamat hidup yang sebenarnya..Supaya kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..manusia yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM dan insan yang berjasa kepada masyarakat..

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan budaya tidak membuang masa dan tepati masa.Setiap kali cuti sekolah, sebelum abah dan mak melangkah ke pejabat, kami akan ditinggalkan dengan ‘homework’ dan tugasan yang abah tetapkan.Samaada tugasan berbentuk karangan dan penulisan atau latihan pelajaran. Tepat jam 5.30 petang, abah sampai di rumah pulang dari pejabat, kami akan membacakan karangan dan penulisan masing-masing di hadapan abah atau menghantar apa-apa ahaja tugasan yang abah berikan.Kini, kami mengerti erti ‘masa’..Supaya kami menjadi insan yang sentiasa menghargai setiap saat masa yang ada dengan berfaedah.

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan dunia PERJUANGAN walaupun kami masih tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar..Tamrin, ceramah, muktamar sudah kedengaran selagi kecil walaupun tidak mengerti apakah sebenarnya.Kini, kami mengerti dan sentiasa akan ISTIQAMAH dalam perjuangan demi ISLAM tercinta

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan hidup berdikari.Seawal umur 9 tahun, abah menghantar kami tuisyen di bandar.Kami dilatih menaiki bas ketika pulang dari tuisyen.Jika hendak kemana-mana, abah latih kami menaiki bas, bukan hanya bergantung kepada abah.Abah juga sering menghantar kami ke kem-kem motivasi agar kami belajar hidup berdikari sejak kecil untuk persediaan ke alam remaja.


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman remaja..

Engkau menghantar kami ke sekolah agama.Samada dekat atau jauh.Samada kerajaan atau swastaSewaktu kami melangkah kealam remaja, alam mencari identity diri sendiri, abah dedahkan kami dengan kehidupan di tempat yang terjamin ‘biah solehah’ agar kami membesar dan terdidik dengan biah yang baik dan sempurna.Kini, kami mengerti dunia remaja amat penting untuk mendidik dan melatih kami untuk masa dewasa

Engkau mendidik kami dengan cara hidup ISLAM yang sempurna, terutama aspek pergaulan dan pakaian.Abah ingatkan kami tentang hukum hakam dalam batasan aurat dan pergaulan yang sempurna.Seawal usia awal remaja dan kanak-kanak, kami telah dilatih untuk menutup aurat dengan sempurna untuk persediaan ke alam baligh.Kini, kami mengerti dan akan tetap istiqamah agar cerminan muslimah dan muslimin sejati tertonjol dalam diri kami.


Abah..
Teringat ketika engkau mendidik kami sewaktu kami diawal dewasa..

Engkau ingatkan kami tentang dunia sebenar sebagai seorang dewasa.Dunia rumahtangga, dunia kerjaya, dunia yang penuh pancaroba dengan pangkat dan harta dan dunia yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengukirnya samada kearah kebaikan atau kejahatan..Engkau bekalkan kami dengan pelbagai cerita realiti yang banyak mengajar kami sebagai pedoman kami untuk melangkah kealam tersebut..Engkau tonjolkan peribadi abah sebagai seorang dewasa yang menjadi ikutan dan idola kami..


Abah..
Kini, sepuluh orang anak-anakmu sedang melangkah di alam kanak-kanak, remaja, awal dewasa dan dewasa..
Engkau doronglah kami supaya kami menjadi insan yang cemerlang di setiap peringkat kami berada..kanak-kanak yang cemerlang, remaja yang gemilang dan seorang dewasa yang terbilang..Walau dimana pun kami dan siapa pun kami,

Abah..
Engkau menjadi idola kami dalam segala segi..
Didikan, peribadi, semangat dan perjuangan..
Terima kasih segalanya…



Selamat Hari Bapa buat abah, Hj Aw Mohd Nor b Keria..
Kami bangga menjadi anak-anakmu…

Sunday, May 31, 2009

Virus-virus ukhwah

Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah
dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu. "

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar)
sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada
mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (kalangan Muhajirin); dan mereka mengutamakan (kalangan Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Al-Hasyr : 9).


2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali
disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”


3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA

"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah. "

"Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. "

4. SIKAP ACUH

“Jangan meremehkan kebaikan dalam bentuk apapun, walau hanya dengan menampakkan keceriaan ketika berjumpa , dengan saudaramu.”

“Senyummu terhadap saudaramu adalah shadaqah.”

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHSIA

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, agar orang-orang yang beriman itu berduka cita" (al-Mujadilah :10).

"Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih."

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT

"Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka
(adalah sama saja). Kendati-pun kamu memohonkan ampun bagi mereka sebanyak tujuh
puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka" (at-
Taubah: 80).
"Tidak akan masuk syurga orang yang dihinggapi kesombongan dalam hatinya, walau hanya seberat dzarrah (biji-bijian).”

7. SERING MEMBANTAH, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

"Orang-orang Mukmin itu suka membantu dan lembut. Ibarat seekor unta liar yang jika diikat, ia menjadi jinak; jika disuruh duduk di atas batu, ia patuh."

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
seke-lilingmu" (Ali Imran : 159).

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

Imam Syafi'i dalam puisinya:
nasihatilah diriku di kala aku sendiri
jangan kaunasihati aku di tengah keramaian
kerana nasihat di muka umum
adalah bagian dari penghinaan yang tak suka
aku mendengarnya
jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku
maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu135

9. SERING MENEGUR, TIDAK BERTOLAK ANSUR, BERFIKIRAN NEGATIF, ENGGAN MEMAAFKAN

“Penyambung persaudaraan bukanlah orang yang diputus hubungannga, lalu dia
menyambungnya kembali.”

“Semua keturunan Adam pasti banyak melakukan salah, dan sebaik-baik orang yang banyak melakukan salah adalah yang mahu bertaubat.”

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan
mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya."

11. MEMBUKA RAHSIA

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan: "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya."

12. BERPRASANGKA

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebagian prasangka itu adalah dosa" (al-Hujurat : 12).

“Hindarilah prasangka (buruk), kerana prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling
dusta.”

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

"Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling
bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.

14. EGO, SOMBONG. TIDAK BERSIMPATI DENGAN PENDERITAAN SAHABAT, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

"Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya.
Siapa yang menolong seorang Mubnin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan
menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib
seorangMuslim, nescaya Allah menutupi aibnya pada hari kiamat. "

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENGHITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

puisi seorang penyair:
pertahankanlah hubunganmu
dengan orang-orang yang baik hati itu
sekalipun mereka menuduhmu memutuskan persahabatan
membuka pintu maaf dan lapang
atas kesalahan mereka
adalah pilihan sikap yang tepat

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

"Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya. "
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah
kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”256

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUS ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

Puisi :
kami pernah punya seorang sahabat
kemudian ia menjauhi
enggan bergaul dan mengkhianati
ia berseberangan dengan kami dan semakin jauh
akhirnya kami tak mahu melihatnya kembali
dan ia pun tidak mahu melihat kami lagi

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PERIBADI

19. MENGINGKARI JANJI

“Tanda-tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta jika berjanji ia mengingkari;
dan jika dipercaya ia berkhianat.”

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANGKITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUATNYA RESAH

Yahya bin Mu'adz menyatakan: "Jadikanlah tiga hal berikut ini sebagai sikapmu terhadap
orang-orang Mukmin; jika tidak boleh memberi manfaat, maka jangan membahayakannya. Jika tidak boleh membahagiakannya, maka jangan membuatnya sedih. Jika tidak memujinya, maka jangan mencacinya."

21. TERLALU CINTA

"Cintailah kekasihmu sederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu
saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat
dekatmu pada suatu saat nanti. "

“Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih besar
cintanya adalah yang lebih utama di antara keduanya.”


Sahabat-sahabatku, maafkanlah diriku jika aku ada melakukan perkara yang menggugat ikatan ukhwah kita..
Kudoa semoga ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke akhirnya..

cerita hari ini..


Tika ini saya sangat rindukan saat kira-kira 5 tahun dahulu..Tika saya dan sahabat2 lain berhempas pulas menghafal kalam agung, Al-Quran.Tiba-tiba dada saya terasa sebak mengingati saat manis ketika itu..

“Ikah, abah mimpi ikah dapat Persijilan Darul Quran tu”. Saya terkejut mendengar kata-kata abah tersebut setelah saya hampir berputus asa mengharap sejurus selepas habis SPM memandangkan trial SPM yang tak seberapa bagus..Namun dalam jauh di sudut hati, saya sangat mendoakan agar mimpi abah betul2 menjadi kenyataan.ALHAMDULILLAH, mimpi abah betul-betul menjadi kenyataan..

“Dik, tahniah kerana menjadi insan terpilih Allah untuk mejadi generasi Al-Quran, pemegang panji Islam, hamlatul Quran”.. teringat kata-kata kakak-kakak senior ketika baru melangkah ke bumi Darul Quran tersebut..Hati ketika itu sangat memuji keagungan Ilahi kerana menempatkan saya di sini tika kawan2 lain ‘relax’ menghabiskan cuti lepas SPM dengan gembiranya..Monolog dalam hati, “Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan kuatkanlah aku untuk menjadi “HAFIZAH” ini..”.

“Dalam fatrah menghafal Quran ni, memang banyak dugaannya, kadang-kadang senang je nak hafal, kadang kala, sangat susah sampai satu ayat sehari pun susah nak dapat.Allah nak uji kita, samada kita kuat tak untuk memegang kalamNya ini..” nasihat senior-senior ketika dalam susah senang menghafal..Ya, tangisan sentiasa mengiringi ketika untuk menghafal kalam suci ini..suka duka bersama sahabat seperjuangan sentiasa mengingatkan saya tentang saat mujahadah ini yang menjadi kenangan paling manis..



Alangkah besar nikmatnya
anugerah Allah
memuliakan dirimu dgn kitabNya
siang dan malam kau bermujahadah
bersusah payah menghafaznya



Nasyid kumpulan Al-Anwar ini sering menjadi motivasi saat tangis dan pahit manis ketika itu..

Kini…

“Macamna Quran sekarang?”…soalan yang sering kami tanyakan sesama kami setelah lama meninggalkan bumi Darul Quran, tempat yang tenang dengan alunan kalimah Allah itu..Dalam hati saya sering terdetik, “Quran aku, bagaimana?adakah semakin teruk?adakah aku semakin lama semakin melupakannya? Ya Allah, ampunilah aku jika Al-Quran yang aku hafal dahulu, semakin hilang di ingatanku..Aku sedaya upaya memastikan ia tetap diingatan dan diamalkan..,INSYAALLAH”

Thursday, May 21, 2009

Sabar + Syukur + Doa



Hari ini Allah telah menguji saya..menguji tahap kesabaran saya selepas saya berkongsi pada entri saya bertajuk ” sabar, kuasa sebenar kejayaan.”.

Awal2 pagi sampai ke ofis, terus bukak PC kat meja. Nak bukak pendrive sebab nk sambung buat mini project yang kena siapkan..tapi..yang kuar ialah ”your drive have to format” (lebih kurang ayat dia mcm tu) ..huh memang takleh bukak..terpaksalah kena format dan automatik semua data dalam pendrive tersebut terpaksa di deletekan..huhu.macam2 perkara dalam pendrive tu, report praktikal, mini projek, hal-hal gerak kerja islamie, dan banyak lagi..

Menguji kesabaran di pagi sayyidul Ayyam ni..sabar..sabar..

Perkara pertama saya kena buat ialah ‘syukur’..syukur sebab masih ada lagi pendrive..masih boleh guna lagi pendrive ni..’kalau’ hilang, dah kena beli pendrive lain pulak..(tak suka sebut kalau)..melayang pulak duit..syukur sebab Allah uji sikit je pagi ni…ALHAMDULILLAH..

Perkara kedua saya kena buat ialah…berusaha..ya, berusaha dapatkan balik data2 yang telah hilang tersebut walau apa cara sekalipun..catit apa yang ada dalam pendrive sebelum ni dan tulis apa yang saya kena dapatkan semula samada dalam kadar yang segera ataupun tidak..Ya, ada beberapa perkara saya kena dapatkan semula dengan segera. Jadi, saya kena menghantar email kepada yang berkenaan untuk mendapatkan semula apa yang patut dan membuat semula apa yang kena buat...ALHAMDULILLAH

Seterusnya, perkara ketiga yang saya patut buat ialah.. doa..Ya, Allah je tau hikmah disebalik apa yang terjadi..Semoga Allah memudahkan urusan saya mendapatkan balik data-data yang hilang dan terus menjadikan saya umat yang sabar dan sentiasa bersyukur atas apa yang berlaku..

Teringat buku yang baru sahaja saya habiskan iaitu “Quranic Law of Attraction” tulisan Rusdin S.Rauf..Ya, hikmah disebalik kejadian ini adalah Allah nak tengok sejauh mana saya mempraktikkan apa yang saya baca..ALHAMDULILLAH saya telah praktikkan sedikit sebanyak apa yang saya baca..

Dalam buku ini menyatakan sabar, doa dan syukur adalah pusat-pusat tenaga dalam Al-Quran..Gandingan tiga elemen ini akan membuahkan kehidupan kita yang sentiasa tenang. Buku ini juga menganjurkan kita bagaimana Al-Quran menjawab segala keinginan kita dan cara kita bertindak balas dengan Al-Quran, kalam agong dari Allah sebagai petunjuk di dalam apa jua keadaan dan situasi..

Marilah kita sama2 menyuntik kekuatan Al-Quran ke dalam kehidupan kita..Al-Quran sebagai teman rapat kita dikala susah dan senang..Al-Quran sebagai pengubat duka lara..Al-Quran sebagai penyelesai masalah..Ya, Kalam Agong, Mukjizat yang Allah turunkan kepada kita..

Jom kita baca buku ini untuk lebih menghargai segala apa yang berlaku di dalam kehidupan harian kita..

Belajar dari kehidupan..

THANK YOU ALLAH…

Tuesday, May 19, 2009

Sabar , kuasa sebenar kejayaan


Biasanya bila disebut perkataan ‘sabar’, perkataan lain yang terlintas dalam fikiran kita adalah ‘redha’ , ‘pasrah’ dan ‘berserah’..Sabar dan redha dengan musibah dan ketentuan Allah..

Bila seseorang kematian ahli keluarganya, kita mengucapkan takziah dan mengharap semoga dia sabar.. Bila kita lihat mukanya yang tenang dan redha atas kematian tersebut, kita berkata “sungguh sabar si pulan tu”…

Jadi, apa yang kita tafsirkan dengan sabar? Adakah sabar terlihat dengan memek muka dan luaran sahaja?Adakah sabar hanya kita redha dan pasrah dengan ujian tersebut? Adakah sabar mesti disertakan dengan tawakal?

“Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah “ ( Muhammad bin Shalih al-Munajjid)
Beliau jiga menyimpulkan sabar mempunyai maksud ‘mencegah, kedegilan dan keengganan’ di dalam bukunya ‘Silsilah Amalan Hati’

Apabila terbaca maksud sabar yang diberikan, terfikir saya beberapa kali..Apa yang dimaksudkan oleh beliau?
Saya cuba menukar tafsiran sabar dalam fikiran saya daripada pasrah kepada ‘menahan diri’..

Apabila seseorang ditimpa musibah kematian, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti menyalahkan orang lain, meronta-ronta menangisi kematian, dan paling buruk, menyalahkan Allah di atas kematian tersebut.Malah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menghadapi kehidupan akan datang.

Apabila seseorang mendapat kekayaan, dia bersabar dengan menahan diri daripada berbelanja dengan membazir dan diluar keperluan kita, menggunakan wang tersebut kea rah kejahatan dan lain-lain.Malah menggunakan kekayaan tersebut kearah kebaikan dan kebajikan.

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan terkutuk dan seterusnya sentiasa menjaga perhubungan sehingga di ijab kabulkan..

Apabila seseorang sedang dalam keadaan marah, dia bersabar dengan menahan diri daripada menghamburkan perkataan kesat, memukul dan mencederakan orang serta membalas dendam dengan perbuatan oarng yang membuat dia marah. Malah dia bersabar dengan mengambil wudu’ dan mengawal kemarahan dengan cara yang sepatutnya..

Apabila saya berfikir situasi-situasi diatas dan kaitkan dengan sabar, dapat disimpulkan sabar bukan sahaja apabila kita dalam kesusahan dan musibah,malah sabar dalam segala tindak tanduk kita dan semua perkara yang kita lakukan .Dalam berfikir, beremosi, berkomunikasi, musibah, kejaaan, beribadah dan sebagainya..

SABAR = menahan diri daripada melakukan perkara dilarang + terus berusaha capai kejayaan hakiki + tidak putus asa dan bersemangat dalam apa jua tindakan



“Barangsiapa yang berlatih untuk sabar, tentu Tuhan memberikan kesabaran kepadanya. Tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas yang diberikan kepada seseorang selain daripada KESABARAN”
(Bukhari Muslim)




Mari kita menjadi manusia yang tahu dan mahu untuk menjadi manusia yang sabar..
Semoga kehidupan kita sentiasa mendapat pertolongan Allah dan keberkatan-Nya.
Seterusnya mendapat kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

Itulah kuasa sebenar kejayaan..