Wednesday, December 30, 2009

Cuti Bersama Al-Quran.


(ucapan penutup oleh ust Mujahid)


Ahmadulillah, 24hb Dis bersamaan khamis minggu lepas, Program "Cuti Bersama Al-Quran" telah berlabuh tirainya..Program sempena cuti sekolah tersebut berlangsung selama sebulan bermula pertengahan November lalu..

Program yang mensasarkan pelajar2 berumur 10-15 tahun yang berada di sekitar Chenor itu Alhamdulillah sangat mendapat sambutan kira-kira hampir 90 peserta menyertainya..

Pengisian program tersebut lebih kepada untuk mendekatkan para pelajar kepada Al-Quran terutama untuk mengisi masa lapang pelajar sempena cuti sekolah dengan aktiviti yang sangat berfaedah. Program bermula pada jam 10 pagi hingga 1 petang setiap hari isnin hingga Khamis iaitu menghafal Al-Quran, doa-doa harian dan ilmu Tajwid.


(peserta program di majlis penutup)


Sekalung tahniah buat pengendalikan program iaitu oleh Guru Al-Quran Masjid Jamek Chenor, Ustaz Mujahid (my brother =)) di bwh Pejabat Agama Daerah Chenor..juga bersama beberapa fasilitator jemputan yang sangat komited..

Diharap program yang sangat bermanfaat ini akan diteruskan untuk semua lapisan masyarakat agar masyarakat lebih dekat dan cintakan Al-Quran..Kearah melahirkan generasi Al-Quran yang unik...yang mengamalkan Al-Quran disetiap aspek kehidupan..

Tingginya insan kerana Al-Quran
Mengasuh Ummah asas kekuatan
tetapi sayang ia ditinggalkan
Hanya menjadi lukisan zaman..
(sebahagian lagu tema program)


p/s: saya berkesempatan jadi fasilitator sehari je..tp dapat jgk sijil dan hadiah..huhu tima kasih sume..hehe

Monday, December 7, 2009

ujian dari-Nya

ujian..
sering datang tanpa disedari mahupun sedar
sering datang tanpa kita bersedia mengharunginya
sering datang tanpa menunjukkan penyelesaiannya
sering datang tanpa mengira siapa

ujian..
setiap orang akan diuji olehNya
tak kira setinggi mana darjat hambaNya
tak kira di lautan mana hambaNya berada
tak kira sejahat atau sebaik mana hambaNya
tak kira umur hambaNya

ujian..
setiap orang diuji dengan ujian yang berlainan
ayah dan ibu diuji dengan ragam anak-anaknya
si anak diuji dengan dugaan hawa nafsu dr rakan sebaya
si datuk diuji dengan pewaris yg tamakkan harta
cikgu diuji dengan karenah anak murid yang tanpa diduga
jurutera diuji dengan rasuah yang menghantui
ahli politik diuji dengan fitnah dan media

ujian..
mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
mengajar kita erti kehambaan
mengajar kita erti syukur padaNya
mengajar kita erti kekuatan pergantungan kepadaNya

ujian..
apabila sabar dan tabah
mendapat darjat di sisiNya

Semoga kita digolong dalam hambaNya yang sentiasa sabar dan bersyukur atas segala ujian dan nikmat yang diberikan olehNya..

Tuesday, October 20, 2009

Forum "sebat kerana arak, adilkah?"

jom datang beramai2...

Thursday, October 1, 2009

Selamat menuntut ilmu di perantauan...


Post kali ini di tujukan khas buat adikku, nadirah yang baru berlepas ke bumi Anbiya' Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mansurah..

1997
kita menghantar de di airport menuju ke Mesir..
1999
kita sekali lagi ke airport untuk menghantar ngah ke Mesir
kini...
29092009
kita sekali lagi menghantar irah ke airport juga menuju ke bumi Mesir

walaupun air mata sentiasa mengalir ketika penghantaran itu
bukan kerana mengenangkan diri yang akan kejauhan
bukan juga mendamba kerinduan di negara orang
bukan jua mengenangkan nasib berjauhan keluarga

sebaliknya..
harapan yang menggunung disebalik tangisan tersebut
harapan yang digalas bersama diri ke sana
harapan agar itqan dalam pencarian ilmu nanti
harapan agar mengutip semua mutiara ilmu yang terdapat di bumi Anbiya' itu
harapan agar pengalaman itu menguatkan diri
harapan agar ilmu mu yang ditimba berguna untukmu dan Islam

Gunakan peluang dan kesempatan ini sebaiknya untuk mengutip segala mutiara, intan dan permata di sana untuk kepentingan ummah dan Islam..

kami sekeluarga sentiasa mendoakan kebaikkanmu di sana
Doakan agar aku mengikut jejakmu ke bumi Anbiya' kelak..


Perantau musafir perjuangan
tabahkan lah hatimu
berjuang di rantau orang
sedih pilu tiada sapa yang tahu..

Wednesday, September 30, 2009

Mari mengaji...=)




EidulFitri 2009

Sudah hampir 2 bulan blog ini dibiarkan tidak diupdate..
'tiada hati' untuk mengupdate membuatkan blog terbiar sepi..
kini..
atas permintaan family, saya mengupdate blog dengan cerita-cerita dan suka duka raya tahun ini..
khas buat keluargaku dan tatapan adikku yang sudah berada di bumi Mesir sekarang.."Insyaallah,andak akan update tentang family dalam blog sebagai pengubat rindu di kejauhan"huhu

Raya tahun ni merupakan raya terakhir buat irah di rumah dalam masa 3 tahun ni..
Raya tahun ni jugak raya pertama long tidak bersama arwah abang long setelah 8 thun berkahwin..
Raya ni jugak raya pertama teh bergelar isteri..


raya ke-8 (sebelum semua balik ke tempat masing2)
ke-10 adik beradik

pertama dalam hidup afiq main bunga api =)

raya ke-2 kat rumah ayah chik
kebetulan ramai makcik-pakcik n sepupu2 raya datang rumah ayah chik pada waktu yang sama

raya ke-5
menziarahi pusara arwah abang long
sedekahkan al-Fatihah buat beliau

di pagi raya pertama


my family di pagi raya ke-8

Tuesday, August 11, 2009

belajar dari kungfu panda

Dalam karton Kungfu Panda Special, menceritakan tentang "secrets of the furious five" iaitu Mantis si belalang, Viper si ular, Crane si bangau,Tigress si harimau,dan monkey si beruk nakal.
Apa yg menarik dlm karton ni, menceritakan rahsia bagaimana kelima-lima furious five ini boleh menjadi 'wira'..

Mantis si belalang...
Master Mantis seekor belalang yang sangat tangkas dan pantas.Dia selalu menolong serangga-serangga yang lain dalam kesusahan dengan ketangkasan dan kepantasannya. Dia dianggap sebagai 'hero' diantara serangga. Tetapi, dia mempunyai satu kelemahan yang boleh mendatangkan masalah iaitu 'tidak sabar'..
Dikisahkan, si biri-biri mengharapkan bantuan Mantis untuk melawan sekumpulan penjahat buaya.Disebabkan ketidak sabarannya, dia terus bergerak menuju ke tempat buaya sebelum sempat binatang tersebut habis memberitahu info-info tentang buaya tersebut.Dan akibatnya, Mantis berjaya diperangkap oleh buaya dan dipenjarakan.
waiting and waiting...akhirnya Mantis menyedari bahawa kesabaran sangat penting dalam menangani sesuatu masalah selain 'brilliant plan' dan ketangkasan.dan dengan sifat ini, dia berjaya menerobos dr penjara dan melawan buaya-buaya tersebut..
"The mind-blowing power of patience"
Viper si ular
Viper merupakan anak kepada hero ular yang cekap melawan musuh dengan teknik patukan beracunnya..Kelahiran Viper yang diharapkan menjadi pewaris ketangkasan ayahnya mengundang kekecewaan ayahnya kerana dia tidak mempunyai 'fang' atau taring ular yang mengeluarkan racun berbisa.Tetapi viper mempunyai kelebihan pandai menari menggunakan riben merahnya.
Pada malam 'moon festival' , gorila jahat datang menyerang dan ayahnya menggunakan 'poison fang technique' yang selama ini menjadi kekuatannya.Malangnya, gorila berjaya mengalahkannya dan 'fang' ayahnya patah dan bermakna, kekuatannya hilang.Maka, viper bertindak untuk menolong ayahnya dalam kesusahan dengan menggunakan kelebihan yang ada iaitu menggunakan riben merahnya.Dan akhirnya, Viper berjaya mengalahkan gorila tersebut.

Crane si bangau
Crane bekerja sebagai tukang sapu di sebuah akademi kungfu haiwan-haiwan yang menempatkan haiwan-haiwan yang mahir dalam kungfu.Dengan badannya yang kurus, semua haiwan meremehkan ketangkasannya.Setiap hari, dia berlatih dan berlatih untuk menjadi salah seekor pelajar akademi tersebut.Pada hari pemilihan pelajar, dia berjaya membuatkan kekurusannya tidak menjadi penghalang kekuatannya.Dengan keyakinan pada diri sendiri yang ada padanya membuatkan dia berjaya melalui halangan-halangan dan akhirnya berjaya bergelar pelajar akademi tersebut..

Tigress si harimau.
Disebbkan tigress seekor harimau dan mempunyai kuku yang tajam dan tidak dapat mengawal kebengisannya, semua binatang di 'Bau Gu Orphanage' takut untuk mendekatinya. Akhirya, Bau Gu meminta pertolongan Shifu Dragon Warrior untuk melatih Tigress.Shifu mengajar Tigress untuk mengawal dirinya yang garang menggunakan kelebihan yanga dia ada iaitu kuku yang tajam.Latihan demi latihan..dan akhirnya Tigress berjaya mengawal kelebihan yang ada untuk kebaikan semua.Semua haiwan di situ tidak takut lagi berkawan dengannya..

Monkey
Monkey seekor beruk yang sangat nakal dan tangkas.Dia suka mengusik haiwan disekitarnya denagan kulit-kulit pisang yang menyebabkan haiwan-haiwan di situ tidak menyukainya.Haiwan-haiwan tersebut membuat keputusan untuk membuatkan monkey keluar dari tempat mereka.Berbagai cara mereka lakukan tapi tidak berjaya.Akhirnya, sifu kura-kura berjaya mengalahkannya dan membuatkannya insaf dan menggunakan kemahiran yang ada untuk kebaikan, bukan keburukan dan sifat 'compassion'.

moral values:
1)Kesabaran dalam ketangkasan
2)don't judge the book by it's cover.kelemahan seseorang yang dianggap kelemahan sebenarnya sebenarnya kelebihan yang tidak dilihat.
3) practice make improvement..confidence pada diri sendiri.
4)Kawal diri dan kawal kelebihan yang ada untuk kebaikan semua..
dll....

Wednesday, July 29, 2009

insurans dunia vs insurans akhirat

insurans dunia..
penting...
sekarang pilih je nak menggunakan insurans jenis apa...MAA, BSN prudential, takaful Malaysia, etica dan banyak lagi..banyak kepentingan2 yang dapat dengannya..pampasan kematian, kemalangan, kecacatan, medical kad dan macm2 lagi.. bersusah2 dulu waktu bayar tiap2 bulan tapi akhirnya untuk kemudahan kita apabila menghadapi waktu sukar samada untuk diri sendiri atau ahli keluarga...
(sinar harian pahang- 27hb julai09)

insurans akhirat..
lagi penting...
ramai orang lupa..insurans kita untuk menjamin alam akhirat kita yang terjamin lagi penting..bersusahlah kita didunia mengumpul amal ibadat dan kebaikan samada untuk kebaikan diri sendiri atau umat keseluruhannya...amar ma'ruf nahi mungkar...berjuang sehingga Islam tertegak menjadi khalifah Islamiyah...dan sebagainya..semuanya untuk menjamin ganjaran dan kehidupan bertemu Allah yang baik iaitu syurga Allah...

(wafiy disamping kubur arwah ayahnya, abang long)

AlFatihah buat :
Arwah Abang long (6 april 2009)
Arwah Nabil Marwan (2 Julai 2009)
Arwah Nor Maslina (29 Julai 09)

Tuesday, July 21, 2009

ayat tema =)


"Bahkan barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.."

(Al-Baqarah : 112)

Thursday, July 9, 2009

Wajah Baru =)

Alhamdulillah.
sempena beberapa hari lagi nak masuk sem 1 semula, blog saya kini berwajah baru..

dengan semangat baru, azam baru, semoga kehidupan sebagai mahasiswi tahun akhir kini bertambah semangat dan berkobar-kobar..


Kini, setelah setahun blog saya berwajah sama, kini ia berwajah baru bersama2 azam baru...

Tuesday, June 30, 2009

Kemuliaan remaja berakhlak


Di padang Mahsyar kelak, remaja berakhlak mulia akan mendapat kemuliaan di sisi Allah..mereka akan disambut dengan pujian dan sanjungan daripada para malaikat..Allah S.W.T menyambut mereka dengan ucapan “Selamat Datang wahai para remaja yang baik”..Betapa mulianya mereka, kedatangan mereka disambut oleh Allah S.W.T.. Kemudian Allah perintahkan malaikat supaya tempatkan mereka di sebelah kanan Mahsyar dan sediakan mereka bendera berwarna hijau. Dan Allah menyeru Nabi Yusuf a.s menerima bendera tersebut untuk mengetuai para remaja yang berakhlak tersebut..Maka mereka bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s kerana masa muda remaja yang dimanfaatkan ke jalan Allah..

Sungguh mulia remaja ini di sisi Allah..jom kita berebut-rebut untuk mendapat kemuliaan bersama-sama panji Nabi Yusuf a.s.

Remaja di awal usia remaja .. zaman untuk mencuba banyak perkara yang baru dlm hidup mereka..bagaikan mereka baru terlepas dari satu penjara kanak-kanak ke alam kebebasan seorang remaja. Di zaman ini, hidup remaja penuh dengan dugaan dan cabaran..keseronokan, rakan sebaya, media, pergaulan dan lain-lain..Di usia inilah saat yg paling penting untuk didikan akhlak yang sempurna agar mereka mengharungi dunia remaja dengan akal fikiran yang waras dan berteraskan akhlak Islamiyah.

Dengan fizikal kita yang masih kuat, dengan akal fikiran kita yg masih ‘fresh’..dengan semangat kita yang masih membara..dengan cita-cita kita yang menggunung…
Mari kita sumbangkan seluruh jiwa, raga dan segalanya demi Islam..Serlahkan keremajaan kita demi Islam..Tingkatkan ruh semangat juang kita demi Islam..

Adakah saya akan digolongkan bersama-sama di bawah panji-panji Nabi Yusuf a.s di padang Mahsyar kelak??

Menghadapi mati bahagian 1


Alhamdulillah hari selasa 23 Jun baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri satu siri Ceramah Penerapan Nilai Islam Jabatan Perangkaan Malaysia yang diadakan setiap bulan..Ceramah semalam disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus.Kedatangan ustaz yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua warga Jabatan Perangkaan ini disambut oleh hampir 1/3 dari warga jabatan..

Ceramah ustaz yang bertajuk “Menghadapi mati dan alam barzakh” sangat memberi kesan kepada warga dewan walaupun ustaz menyelitkan juga unsur-unsur humor..

InsyaAllah saya akan kongsikan serba sedikit tentang pengisian yang ustaz sampaikan untuk persediaan dan bekalan untuk kita menghadapi saat kematian yang pasti yang kita tidak tahu bilakah masanya..

Di awal ceramah, ustaz menceritakan mengenai pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya, “jika kamu melalui majlis yang ada menyebut nama Allah, singgahlah, Jika majlis tersebut mendapat rahmat, kamu boleh menumpang sama..Jika ada majlis yang tidak menyebut nama Allah, janganlah singgah, takut-takut jika ada bala, nanti kita akan ditimpa sama..” Alhamdulillah mari kita sama-sama meng’imarahkan majlis-majlis yang menyebut nama Allah ..

Kematian adalah pasti dan tidak boleh elak....bila sebut pasal mati, semua orang takut..kenapa kita mesti takut perkara yang sudah pasti kita akan hadapinya?? Sepatutnya kita merasa takut dengan persiapan untuk menghadapi mati iaitu amalan yang kita akan bawa masih tidak mencukupi..

Mari kita mencontohi kisah Khalid al-Walid yang terkenal dengan sangat berani dalam setiap peperangan untuk mati syahid sehingga ada 99 liang luka di badannya tetapi Allah takdirkan dia mati sakit dia atas katil.,Rasulullah bertanya kepada dia “kenapa kamu menangis?adakah kamu takut untuk menghadapi mati?” dia menjawab “Aku bukan menangis kerana takut, tetapi aku menangis kerana aku tak dapat mati dalam peperangan iaitu mati syahid, tapi aku mati sama seperti manausia lain.”

“Dunia penjara bg org mukmin, dan syurga bg org kafir”..dunia adalah sementara dan hanya persinggahan..Seperti kita menaiki sebuah kapal,,apabila singgah di sebuah pulau, kapten minta kita berehat dan ambil apa yg ada di pulau seperti buah, air dll dan naik semula kapal pada pukul 2..Maka mereka tergolong dalam 3 kumpulan..ada diantara mereka yg naik tepat jam dua dan akan masuk di tempat 1st class , ada yang leka bermain pantai sehingga terlewat menaiki kapal dan mereka masuk di tempat 2nd class dan yang terakhir, ada yang leka bermain sehingga terus kena tinggal..Begitulah kita di dunia ini..Semoga kita digolongkan bersama golongan yang pertama..

“Tiap yg bernyawa pasti merasai mati..hidup untuk mati..barangsiapa taknak mati, jangan hidup”..Hidup kita adalah untuk mencari bekal untuk menghadap Ilahi kelak..

Mati bermaksud berpisah roh n jasad dan diibaratkan seperti seekor burung dan sangkar..Apabila burung terlepas dari sangkar, lama kelamaan sangkar akan cepat buruk dan reput..Begitulah kita, apabila roh kembali pada Allah, tubuh badan kita akan hancur dimamah bumi dan tiada erti. Roh adalah yang terpenting dan perlu diberi makanan iaitu amalan kita di dunia.

Marilah kita banyakkan amalan selagi kita masih di zaman “Minyak wangi” sebelum kita masuk ke zaman “minyak cap kapak” nanti..


Orang yg cerdik itu adalah org yang mengingati mati dan yang beramal untuk mati..Org yg paling bahagia di akhirat adalah org yg banyak beristighfar, sentiasa muraqabah(merenung masa depan) dan muhasabah terhadap diri kita..


sambung..

Saturday, June 20, 2009

Yang bernama ABAH...


Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya,
“Pukulan bapa keatas anaknya bagaikan menyirami tanaman”


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman kanak-kanak..

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan matlamat hidup yang sebenar.Teringat ketika tiba musim cuti sekolah, sentiasa ada usrah samada lepas maghrib atau subuh..Pertanyaan yang sering ditanyakan oleh abah adalah “Apa matlamat kamu?” dan kami sering menjawab “nak dapat no. 1 dalam periksa”, “nak dapat 5A dalam UPSR” dan lain-lain..Namun kini, kami mengerti erti matlamat hidup yang sebenarnya..Supaya kami menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..manusia yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM dan insan yang berjasa kepada masyarakat..

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan budaya tidak membuang masa dan tepati masa.Setiap kali cuti sekolah, sebelum abah dan mak melangkah ke pejabat, kami akan ditinggalkan dengan ‘homework’ dan tugasan yang abah tetapkan.Samaada tugasan berbentuk karangan dan penulisan atau latihan pelajaran. Tepat jam 5.30 petang, abah sampai di rumah pulang dari pejabat, kami akan membacakan karangan dan penulisan masing-masing di hadapan abah atau menghantar apa-apa ahaja tugasan yang abah berikan.Kini, kami mengerti erti ‘masa’..Supaya kami menjadi insan yang sentiasa menghargai setiap saat masa yang ada dengan berfaedah.

Engkau sentiasa dedahkan kami dengan dunia PERJUANGAN walaupun kami masih tidak mengerti erti perjuangan yang sebenar..Tamrin, ceramah, muktamar sudah kedengaran selagi kecil walaupun tidak mengerti apakah sebenarnya.Kini, kami mengerti dan sentiasa akan ISTIQAMAH dalam perjuangan demi ISLAM tercinta

Engkau juga sentiasa dedahkan kami dengan hidup berdikari.Seawal umur 9 tahun, abah menghantar kami tuisyen di bandar.Kami dilatih menaiki bas ketika pulang dari tuisyen.Jika hendak kemana-mana, abah latih kami menaiki bas, bukan hanya bergantung kepada abah.Abah juga sering menghantar kami ke kem-kem motivasi agar kami belajar hidup berdikari sejak kecil untuk persediaan ke alam remaja.


Abah..
Teringat tika engkau mendidik kami sewaktu kami di zaman remaja..

Engkau menghantar kami ke sekolah agama.Samada dekat atau jauh.Samada kerajaan atau swastaSewaktu kami melangkah kealam remaja, alam mencari identity diri sendiri, abah dedahkan kami dengan kehidupan di tempat yang terjamin ‘biah solehah’ agar kami membesar dan terdidik dengan biah yang baik dan sempurna.Kini, kami mengerti dunia remaja amat penting untuk mendidik dan melatih kami untuk masa dewasa

Engkau mendidik kami dengan cara hidup ISLAM yang sempurna, terutama aspek pergaulan dan pakaian.Abah ingatkan kami tentang hukum hakam dalam batasan aurat dan pergaulan yang sempurna.Seawal usia awal remaja dan kanak-kanak, kami telah dilatih untuk menutup aurat dengan sempurna untuk persediaan ke alam baligh.Kini, kami mengerti dan akan tetap istiqamah agar cerminan muslimah dan muslimin sejati tertonjol dalam diri kami.


Abah..
Teringat ketika engkau mendidik kami sewaktu kami diawal dewasa..

Engkau ingatkan kami tentang dunia sebenar sebagai seorang dewasa.Dunia rumahtangga, dunia kerjaya, dunia yang penuh pancaroba dengan pangkat dan harta dan dunia yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk mengukirnya samada kearah kebaikan atau kejahatan..Engkau bekalkan kami dengan pelbagai cerita realiti yang banyak mengajar kami sebagai pedoman kami untuk melangkah kealam tersebut..Engkau tonjolkan peribadi abah sebagai seorang dewasa yang menjadi ikutan dan idola kami..


Abah..
Kini, sepuluh orang anak-anakmu sedang melangkah di alam kanak-kanak, remaja, awal dewasa dan dewasa..
Engkau doronglah kami supaya kami menjadi insan yang cemerlang di setiap peringkat kami berada..kanak-kanak yang cemerlang, remaja yang gemilang dan seorang dewasa yang terbilang..Walau dimana pun kami dan siapa pun kami,

Abah..
Engkau menjadi idola kami dalam segala segi..
Didikan, peribadi, semangat dan perjuangan..
Terima kasih segalanya…



Selamat Hari Bapa buat abah, Hj Aw Mohd Nor b Keria..
Kami bangga menjadi anak-anakmu…

Sunday, May 31, 2009

Virus-virus ukhwah

Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah
dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu. "

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar)
sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada
mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (kalangan Muhajirin); dan mereka mengutamakan (kalangan Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka sangat memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Al-Hasyr : 9).


2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali
disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”


3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA

"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah. "

"Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. "

4. SIKAP ACUH

“Jangan meremehkan kebaikan dalam bentuk apapun, walau hanya dengan menampakkan keceriaan ketika berjumpa , dengan saudaramu.”

“Senyummu terhadap saudaramu adalah shadaqah.”

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHSIA

"Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, agar orang-orang yang beriman itu berduka cita" (al-Mujadilah :10).

"Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih."

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT

"Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka
(adalah sama saja). Kendati-pun kamu memohonkan ampun bagi mereka sebanyak tujuh
puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampun kepada mereka" (at-
Taubah: 80).
"Tidak akan masuk syurga orang yang dihinggapi kesombongan dalam hatinya, walau hanya seberat dzarrah (biji-bijian).”

7. SERING MEMBANTAH, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

"Orang-orang Mukmin itu suka membantu dan lembut. Ibarat seekor unta liar yang jika diikat, ia menjadi jinak; jika disuruh duduk di atas batu, ia patuh."

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
seke-lilingmu" (Ali Imran : 159).

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

Imam Syafi'i dalam puisinya:
nasihatilah diriku di kala aku sendiri
jangan kaunasihati aku di tengah keramaian
kerana nasihat di muka umum
adalah bagian dari penghinaan yang tak suka
aku mendengarnya
jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku
maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu135

9. SERING MENEGUR, TIDAK BERTOLAK ANSUR, BERFIKIRAN NEGATIF, ENGGAN MEMAAFKAN

“Penyambung persaudaraan bukanlah orang yang diputus hubungannga, lalu dia
menyambungnya kembali.”

“Semua keturunan Adam pasti banyak melakukan salah, dan sebaik-baik orang yang banyak melakukan salah adalah yang mahu bertaubat.”

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan
mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya."

11. MEMBUKA RAHSIA

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan: "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya."

12. BERPRASANGKA

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebagian prasangka itu adalah dosa" (al-Hujurat : 12).

“Hindarilah prasangka (buruk), kerana prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling
dusta.”

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

"Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling
bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.

14. EGO, SOMBONG. TIDAK BERSIMPATI DENGAN PENDERITAAN SAHABAT, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

"Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya.
Siapa yang menolong seorang Mubnin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan
menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib
seorangMuslim, nescaya Allah menutupi aibnya pada hari kiamat. "

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENGHITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

puisi seorang penyair:
pertahankanlah hubunganmu
dengan orang-orang yang baik hati itu
sekalipun mereka menuduhmu memutuskan persahabatan
membuka pintu maaf dan lapang
atas kesalahan mereka
adalah pilihan sikap yang tepat

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

"Jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya. "
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah
kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”256

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUS ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

Puisi :
kami pernah punya seorang sahabat
kemudian ia menjauhi
enggan bergaul dan mengkhianati
ia berseberangan dengan kami dan semakin jauh
akhirnya kami tak mahu melihatnya kembali
dan ia pun tidak mahu melihat kami lagi

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PERIBADI

19. MENGINGKARI JANJI

“Tanda-tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta jika berjanji ia mengingkari;
dan jika dipercaya ia berkhianat.”

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANGKITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUATNYA RESAH

Yahya bin Mu'adz menyatakan: "Jadikanlah tiga hal berikut ini sebagai sikapmu terhadap
orang-orang Mukmin; jika tidak boleh memberi manfaat, maka jangan membahayakannya. Jika tidak boleh membahagiakannya, maka jangan membuatnya sedih. Jika tidak memujinya, maka jangan mencacinya."

21. TERLALU CINTA

"Cintailah kekasihmu sederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu
saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat
dekatmu pada suatu saat nanti. "

“Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, kecuali orang yang lebih besar
cintanya adalah yang lebih utama di antara keduanya.”


Sahabat-sahabatku, maafkanlah diriku jika aku ada melakukan perkara yang menggugat ikatan ukhwah kita..
Kudoa semoga ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke akhirnya..

cerita hari ini..


Tika ini saya sangat rindukan saat kira-kira 5 tahun dahulu..Tika saya dan sahabat2 lain berhempas pulas menghafal kalam agung, Al-Quran.Tiba-tiba dada saya terasa sebak mengingati saat manis ketika itu..

“Ikah, abah mimpi ikah dapat Persijilan Darul Quran tu”. Saya terkejut mendengar kata-kata abah tersebut setelah saya hampir berputus asa mengharap sejurus selepas habis SPM memandangkan trial SPM yang tak seberapa bagus..Namun dalam jauh di sudut hati, saya sangat mendoakan agar mimpi abah betul2 menjadi kenyataan.ALHAMDULILLAH, mimpi abah betul-betul menjadi kenyataan..

“Dik, tahniah kerana menjadi insan terpilih Allah untuk mejadi generasi Al-Quran, pemegang panji Islam, hamlatul Quran”.. teringat kata-kata kakak-kakak senior ketika baru melangkah ke bumi Darul Quran tersebut..Hati ketika itu sangat memuji keagungan Ilahi kerana menempatkan saya di sini tika kawan2 lain ‘relax’ menghabiskan cuti lepas SPM dengan gembiranya..Monolog dalam hati, “Ya Allah, tabahkanlah hatiku dan kuatkanlah aku untuk menjadi “HAFIZAH” ini..”.

“Dalam fatrah menghafal Quran ni, memang banyak dugaannya, kadang-kadang senang je nak hafal, kadang kala, sangat susah sampai satu ayat sehari pun susah nak dapat.Allah nak uji kita, samada kita kuat tak untuk memegang kalamNya ini..” nasihat senior-senior ketika dalam susah senang menghafal..Ya, tangisan sentiasa mengiringi ketika untuk menghafal kalam suci ini..suka duka bersama sahabat seperjuangan sentiasa mengingatkan saya tentang saat mujahadah ini yang menjadi kenangan paling manis..



Alangkah besar nikmatnya
anugerah Allah
memuliakan dirimu dgn kitabNya
siang dan malam kau bermujahadah
bersusah payah menghafaznya



Nasyid kumpulan Al-Anwar ini sering menjadi motivasi saat tangis dan pahit manis ketika itu..

Kini…

“Macamna Quran sekarang?”…soalan yang sering kami tanyakan sesama kami setelah lama meninggalkan bumi Darul Quran, tempat yang tenang dengan alunan kalimah Allah itu..Dalam hati saya sering terdetik, “Quran aku, bagaimana?adakah semakin teruk?adakah aku semakin lama semakin melupakannya? Ya Allah, ampunilah aku jika Al-Quran yang aku hafal dahulu, semakin hilang di ingatanku..Aku sedaya upaya memastikan ia tetap diingatan dan diamalkan..,INSYAALLAH”

Thursday, May 21, 2009

Sabar + Syukur + Doa



Hari ini Allah telah menguji saya..menguji tahap kesabaran saya selepas saya berkongsi pada entri saya bertajuk ” sabar, kuasa sebenar kejayaan.”.

Awal2 pagi sampai ke ofis, terus bukak PC kat meja. Nak bukak pendrive sebab nk sambung buat mini project yang kena siapkan..tapi..yang kuar ialah ”your drive have to format” (lebih kurang ayat dia mcm tu) ..huh memang takleh bukak..terpaksalah kena format dan automatik semua data dalam pendrive tersebut terpaksa di deletekan..huhu.macam2 perkara dalam pendrive tu, report praktikal, mini projek, hal-hal gerak kerja islamie, dan banyak lagi..

Menguji kesabaran di pagi sayyidul Ayyam ni..sabar..sabar..

Perkara pertama saya kena buat ialah ‘syukur’..syukur sebab masih ada lagi pendrive..masih boleh guna lagi pendrive ni..’kalau’ hilang, dah kena beli pendrive lain pulak..(tak suka sebut kalau)..melayang pulak duit..syukur sebab Allah uji sikit je pagi ni…ALHAMDULILLAH..

Perkara kedua saya kena buat ialah…berusaha..ya, berusaha dapatkan balik data2 yang telah hilang tersebut walau apa cara sekalipun..catit apa yang ada dalam pendrive sebelum ni dan tulis apa yang saya kena dapatkan semula samada dalam kadar yang segera ataupun tidak..Ya, ada beberapa perkara saya kena dapatkan semula dengan segera. Jadi, saya kena menghantar email kepada yang berkenaan untuk mendapatkan semula apa yang patut dan membuat semula apa yang kena buat...ALHAMDULILLAH

Seterusnya, perkara ketiga yang saya patut buat ialah.. doa..Ya, Allah je tau hikmah disebalik apa yang terjadi..Semoga Allah memudahkan urusan saya mendapatkan balik data-data yang hilang dan terus menjadikan saya umat yang sabar dan sentiasa bersyukur atas apa yang berlaku..

Teringat buku yang baru sahaja saya habiskan iaitu “Quranic Law of Attraction” tulisan Rusdin S.Rauf..Ya, hikmah disebalik kejadian ini adalah Allah nak tengok sejauh mana saya mempraktikkan apa yang saya baca..ALHAMDULILLAH saya telah praktikkan sedikit sebanyak apa yang saya baca..

Dalam buku ini menyatakan sabar, doa dan syukur adalah pusat-pusat tenaga dalam Al-Quran..Gandingan tiga elemen ini akan membuahkan kehidupan kita yang sentiasa tenang. Buku ini juga menganjurkan kita bagaimana Al-Quran menjawab segala keinginan kita dan cara kita bertindak balas dengan Al-Quran, kalam agong dari Allah sebagai petunjuk di dalam apa jua keadaan dan situasi..

Marilah kita sama2 menyuntik kekuatan Al-Quran ke dalam kehidupan kita..Al-Quran sebagai teman rapat kita dikala susah dan senang..Al-Quran sebagai pengubat duka lara..Al-Quran sebagai penyelesai masalah..Ya, Kalam Agong, Mukjizat yang Allah turunkan kepada kita..

Jom kita baca buku ini untuk lebih menghargai segala apa yang berlaku di dalam kehidupan harian kita..

Belajar dari kehidupan..

THANK YOU ALLAH…

Tuesday, May 19, 2009

Sabar , kuasa sebenar kejayaan


Biasanya bila disebut perkataan ‘sabar’, perkataan lain yang terlintas dalam fikiran kita adalah ‘redha’ , ‘pasrah’ dan ‘berserah’..Sabar dan redha dengan musibah dan ketentuan Allah..

Bila seseorang kematian ahli keluarganya, kita mengucapkan takziah dan mengharap semoga dia sabar.. Bila kita lihat mukanya yang tenang dan redha atas kematian tersebut, kita berkata “sungguh sabar si pulan tu”…

Jadi, apa yang kita tafsirkan dengan sabar? Adakah sabar terlihat dengan memek muka dan luaran sahaja?Adakah sabar hanya kita redha dan pasrah dengan ujian tersebut? Adakah sabar mesti disertakan dengan tawakal?

“Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah “ ( Muhammad bin Shalih al-Munajjid)
Beliau jiga menyimpulkan sabar mempunyai maksud ‘mencegah, kedegilan dan keengganan’ di dalam bukunya ‘Silsilah Amalan Hati’

Apabila terbaca maksud sabar yang diberikan, terfikir saya beberapa kali..Apa yang dimaksudkan oleh beliau?
Saya cuba menukar tafsiran sabar dalam fikiran saya daripada pasrah kepada ‘menahan diri’..

Apabila seseorang ditimpa musibah kematian, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti menyalahkan orang lain, meronta-ronta menangisi kematian, dan paling buruk, menyalahkan Allah di atas kematian tersebut.Malah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk menghadapi kehidupan akan datang.

Apabila seseorang mendapat kekayaan, dia bersabar dengan menahan diri daripada berbelanja dengan membazir dan diluar keperluan kita, menggunakan wang tersebut kea rah kejahatan dan lain-lain.Malah menggunakan kekayaan tersebut kearah kebaikan dan kebajikan.

Apabila seseorang sedang dilamun cinta, dia bersabar dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan terkutuk dan seterusnya sentiasa menjaga perhubungan sehingga di ijab kabulkan..

Apabila seseorang sedang dalam keadaan marah, dia bersabar dengan menahan diri daripada menghamburkan perkataan kesat, memukul dan mencederakan orang serta membalas dendam dengan perbuatan oarng yang membuat dia marah. Malah dia bersabar dengan mengambil wudu’ dan mengawal kemarahan dengan cara yang sepatutnya..

Apabila saya berfikir situasi-situasi diatas dan kaitkan dengan sabar, dapat disimpulkan sabar bukan sahaja apabila kita dalam kesusahan dan musibah,malah sabar dalam segala tindak tanduk kita dan semua perkara yang kita lakukan .Dalam berfikir, beremosi, berkomunikasi, musibah, kejaaan, beribadah dan sebagainya..

SABAR = menahan diri daripada melakukan perkara dilarang + terus berusaha capai kejayaan hakiki + tidak putus asa dan bersemangat dalam apa jua tindakan



“Barangsiapa yang berlatih untuk sabar, tentu Tuhan memberikan kesabaran kepadanya. Tidak ada nikmat yang lebih baik dan lebih luas yang diberikan kepada seseorang selain daripada KESABARAN”
(Bukhari Muslim)




Mari kita menjadi manusia yang tahu dan mahu untuk menjadi manusia yang sabar..
Semoga kehidupan kita sentiasa mendapat pertolongan Allah dan keberkatan-Nya.
Seterusnya mendapat kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

Itulah kuasa sebenar kejayaan..

selamat pengantin baru =)

Jadual jemputan ke Majlis Perkahwinan sepanjang short sem ni..

2hb Mei 09 – kak Dayah dan ustaz Elmi
23hb Mei 09 – sepupuku Kak Chenah dan suami
31hb Mei 09 – kak Fizah dan suami
- Ruby dan Azman
4hb Jun 09 – Along Tasnim dan suami
5hb Jun 09 – Kak Ac dan Abg Azreen
6hb Jun 09 – sepupuku Kak Teh@Akma dan suami
7hb Jun 09 – Ijat @ Rokhaizat dan suami
20hb Jun 09- Amalina dan suami
27hb Jun 09 – Maryam dan Athiq


Diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sahabat2, sanak saudara yang sudah dan akan melangsungkan majlis perkahwinan..

Ku mohon seribu kemaafan jika tidak dapat menghadiri majlis yang penuh bemakna ini..Kudoa semoga kalian dan pasangan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..


“Semoga Allah memberkati kamu dan semoga Allah memberi keberkatan keatas kamu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan”
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

Tuesday, April 28, 2009

praktikal oh praktikal...

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya menjalani practical atau industrial training..bermakna dah dua minggu saya menjalani kehidupan di bumi Putrajaya yang sebelum ni hanya dilawati sekadar makan angin sahaja..
Untuk selama 11 minggu saya akan menjalani practical ini di Department of Statistics, Malaysia atau nama lain Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri bertempat di Parcel C, Putrajaya..
Setiap pagi menaiki bas 100 seawal 7 pagi dari flat ‘hijau’ atau nama sebenarnya Flat Putra harmoni terus ke pejabat yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja..
Pulang ke rumah jam 530 petang juga menaiki bas yang sama dan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke rumah kerana bas tersebut pusing sekeliling Putrajaya menghantar penumpangnya..
Begitulah kehidupan saya selama 2 minggu yang lepas dan 9 minggu akan datang..
Semoga dunia ‘praktikal’ ini memberi seribu makna buat saya untuk mengenali kehidupan dunia yang sebenar dan menimba sejuta pengalaman buat bekalan untuk kehidupan alam ‘pekerjaan’ nanti..
Dunia ‘praktikal’ yang bukan sahaja ‘latihan’ terhadap ilmu yang saya pelajari dahulu, malah ‘latihan’ untuk menjalani kehidupan di dunia reality, melatih samada saya akan hanyut di arus dunia atau membawa arus dunia tersebut ke arah kebaikan dan kebenaran..

Saturday, April 11, 2009

Alhamdulillah.. =)

Tepat jam 530 pm 11hb April 2009...masa untuk menjawab paper last iaitu Vector Analysis bg final exam sem2 08/09 tamat.. maka mengesahkan yang saya dah habis exam!!!....

Selamat menjawab exam seterusnya kepada sahabat2 yg belum habis ye..Teruskan bersemangat ye =)

Selamat menjalani praktikal atau 'industrial training' bg sahabat2 3rd year UiAM..Timba sebanyak mungkin ilmu2 dan pengalaman berguna..

Selamat Pengantin Baru bagi sahabat2 yang bakal melansungkan perkahwinan cuti ni.. Saya mendoakan agar sentiasa mendapat Rahmat dari Nya..

Semoga semuanya dipermudahkan urusan walau dimana dan ketika..

Selamat semuanya...

Thursday, April 9, 2009

slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri pertanian dan industri asas tani
Datuk Noh OmarDatuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong
LaiDatuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

sumber : http://www.malaysiakini.com

Wednesday, April 8, 2009

Perginya seorang ayah, suami,pendidik,.......

arwah abg long bersama long, afiq dan wafiy
Tanggal 11 Sept 2001 kami sekeluarga gembira menyambut kehadiran abang ipar pertama dalam keluarga..Kini, setelah 8 tahun berlalu, kami dikejutkan dengan kehilangannya pada 6 April 2009 pada kira-kira jam 830 pagi.
Perginya seorang ayah kepada 2 anak lelaki yang masih belum mengerti erti kehidupan...
Perginya seorang suami kepada seorang surirumah yang sangat mengharapkan pergantungan suaminya...
Perginya seorang abang long yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya...
Perginya seorang pendidik yang sangat komited dalam usaha mendidik anak bangsa selama lebih 14 tahun lamanya..
Perginya seorang graduan yang bakal memegang segulung ijazah pada september tahun ini...
Perginya seorang pendokong agama yang sangat perihatin masalah umat..
Perginya takkan kembali..
Perginya menghadap dan bertemu Ilahi...
Perginya kudoa mendapat ketenangan di alam sana..
Perginya kudoa rohmu sentiasa ditempatkan bersama golongan orang beriman dan bertaqwa..
AL-FATIHAH dan sekalung doa buat arwah abang long..
(khairuzamil Ismail 1972-2009)

Tuesday, March 31, 2009

Methodology of Teaching Mathematics


-The best Math teachers are those who not only have an understanding of the content but also have a firm grasp of how maths is learned-teachers who are knowledgeable about theories of child development and can appreciate how students come to know and be able to do maths.


-...the learning of maths is very dependent on good teaching.Now, to know maths is one thing, and to be able to teach it-to communicate it to those at a lower conceptual level is quite another
(The Psychology of Learning Mathematics (1971), Richard Skemp, p.36)


-Constructivism believes that knowledge cannot be passively transmitted from one individual to another but knowledge is built up or constructed from within as we have experiences in our lives


-Learning maths extends beyond learning concepts,procedures and their applications.It also includes developing a dispotion toward mathematics and seeing mathematics as a powerful way for looking at situations (National Council of Teachers of Mathematics,NCTM, 1989,p.233)

sedikit perkongsian ilmu dalam subject untuk exam esok..doakan kejayaan bersama dan yang paling penting keberkatan ilmu yang dapat..InsyaAllah..

Monday, March 30, 2009

Ma'an Najah fil Imtihan



Entry kali ini saya dedikasikan khas untuk diriku dan sahabat-sahabat UIA yang sedang dan akan menghadapi 'Final Exam' bagi semester 2 09/10..





Selamat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat Allah..


Jadikan Exam sebagai kayu ukur pada kita sejauh mana ilmu yang kita perolehi selama satu sem dimanfaatkan..


Masih ada waktu, masih ada ruang, jangan putus asa...








Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya
tempat ia pasrahkan segalanya
bukan selain pada Pencipta
Pasti kekecewaan yang akan dirasa


Bila bersandar pada makhlukNya
Jika terpisah rasa kehilangan
Jika terasing rasa ditinggalkan
Jiwa menderita gelisah sentiasa


Biar bersandaran hanya pada Tuhan
Merasai cukup hanya denganNya
Bersama terasing rasanya sama
Allah sentiasa di dalam jiwa


Biar terlihat tak punya apa
tetapi hati kaya dengan rasa
rasa kasih dan cinta Ilahi
menjadi cahaya penyejuk jiwa


-persandaran Nowseeheart-





Serlahkan pergantungan kita pada Allah setiap saat dan ketika..





Ma'an Najah dan Good Luck..



1hb- Methodology of Teaching Mathematics in Secondary School

2hb- Introduction to Management

3hb- Operational Research

8hb- Scientific Computing

9hb- Probability and Statistical Inference 2

11hb- Vector Analysis

InsyaAllah..

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI: satu pandangan dari kacamata seorang mahasiswa


-Saya amat tertarik dengan artikel di bawah.saya ambil artikel ini dr tranungkite.net
Harap dapat ambil intipati dan dapat membuka mata kita sebagai mahasiswa..
Selamat membaca'...


"Assalamualaikum. saya terpanggil disini untuk memberikan pendapat saya mengenai Pengajaran & Pembelajran Sains dan Matematik dalam dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari perspektif sebagai seorang mahasiswa. saya merupakan pelajar kurusus kejuruteraan di sebuah unviersiti IPTA yang mana kejuruteraan dan teknologi menjadi kurusus utama universiti ini. Untuk pengetahuan semua,boleh dikatakan 85% pensyarah subjek teras elekrik saya menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengajaran walaupun buku rujukan yang menggunakan Bahasa Inggeris. saya melihat walaupun kami menggunakan buku rujukan luar,tetapi apabila belajar,kami lebih suka pensyarah manggunakan bahasa melayu.
Sudah menjadi lumrah manusia untuk lebiih faham sesuatu di dalam bahasa ibundanya. Jangan terkejut jika dikatakan pelajar Cina juga lebih selesa jika pensyarah menggunakan Bahasa Melayu. Bila ada istilah dalam Bahasa Inggeris,pensyarah akan menggunakan terus istilah asal dan tidak mengubahnya.Cuma bila penerangannya,pensyarah menggunakan Abhasa Melayu. Kami amat selesa dengan cara ini .
Apa pula kaitannya dengan PPSMI? Jika kami yang belajar subjek Elektrik (Sains) yang lebih kompleks lebih suka dan lebih mudah faham jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Inikan pula kita hendak suruh murid-murid yang baru hendak belajar sains dan matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ada orang yang mengatakan istilah-istlah Sains dan Matematik ini jika ditukarkan kedalam Bahasa Melayu,akan jadi kelakar. Ya mereka ini memang cukup bijak untuk menghina bahasa ibunda mereka sendiri. Jika kita tanya pada murid-murid pada hari ini, tahukah mereka apa itu ‘kebuk wasap’? bagaiman pula dengan ‘jelaga’. Istilah itu tidak lah terlalu pelik ketika sebelum PPSMI dilaksanakan. Kini murid-murid mungkin tidak tahu apakah istilah-istilah yang disebutkan tadi kerana perkataan itu telah mati dalam kamus murid-murid. Terbukti PPSMI mematikan Bahasa Melayu.Mengapa kita perlu mengagungkan bahsaa Inggeris? jika benar kita tidak akan maju kalau tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,mengapa Melaka boleh terkenal dengan zaman kegemilangannya sekitar kurun ke 14 dimana Bahasa Melayu diangkat sebagai ‘lingua franca’. Jadi apakah kita tidak boleh untuk maju jika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik? Kita lihat pula ketika zaman kegemilangan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad, dalam masa yang sama juga sebuah kerajaan Islam muncul di Sepanyol, Kerajaan Umayyah kedua. Ketika itu, Cordova menjadi aset penting pada Eropah iaitu sebagai pusat ilmu dan mempunyai universitinya sendiri. Dikatakan buku-buku yang tersimpan di dalam khutub khanahnya , melebihi 400 000 buah buku, dan ada juga yang mengatakan melebihi 1 000 000 buah buku. MasyaAllah, Islam pada masa ni , betul-betul mencelikkan pandangan buta manusia terhadap dunia. Selepas jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, bermulanya Renaissance di barat, mereka memulakan proses penterjemahan transkrip-tanskrip dari Bahasa Arab dan Latin ke bahasa masing-masing. Bermulanya era baru bagi barat, iaitu zaman Renaissance,zaman kebangkitan Eropah. Jika benarnya penyokong PPSMI mengatakan kita tidak akan maju jika tidak menggunakan Bahsa Inggeris,kenapa orang Eropah dan Barat sendiri boleh bangkit dari zaman gelap tanpa menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu ketika itu? Presiden Jacques Chirac kecewa bila setiausaha agung PBB, Ban Ki-Moon tidak pandai berbahasa Perancis. lihat betapa bangganya bangsa asing mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.
Saya pernah menghadiri temuduga JPA untuk pengajian bidang teknikal ke Korea selepas tamat pengajian SPM.semasa temudga dijalankan,saya dan rakan-rakan dalam sesi temuduga itu telah diberikan satu tajuk dan dikehendaki untuk membincangkannya.Dan saya gagal dalam temuduga itu. Saya gagal bukan kerana saya tidak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana soalan yang diberikan tidak memerlukan satu pun istilah Sains dan Matematik untuk saya menjawab soalan ketika temuduga tersebut. Saya gagal kerana saya kurang mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum PPSMI dilaksanakan,wujud dua kumpulan:1-pelajar yang minat sains 2-pelajar yang tidak minat sains. Selepas PPSMI dilaksanakan,tiga kumpulan pula terbentuk:1-pelajar yang minat sains dan mahir Bahasa Inggeris,2- pelajar yang minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris dan 3- pelajar yang tidak minat sains dan tidak mahir Bahasa Inggeris.Jadi disini apa yang perlu kerajaan lakukan adalah dengan menyeru guru-guru subjek Bahasa Inggeris memberi penekanan lebih ketika mengajar subjek Bahasa Inggeris ketika di dalam bilik darjah,dan bukannya mengubah bahasa pengantar Sains dan Matematik dalam Bahsa Inggeris. Pernah guru Bahasa Inggeris saya yang berbangsa India ketika pengajian saya di Matrikulasi mengatakan,yang mana beliau tidak menyokong sama sekali PPSMI .PPSMI ini sebenarnya membunuh masa depan orang-orang melayu di kampung-kampung dan luar Bandar. Abang saya merupakan seorang guru subjek sains dan isterinya pula guru matematik,dan apabila saya bertanya kepada mereka tentang PPSMI, mereka juga menentang dan mengatakan para pelajar sukar untuk faham perkara asas subjek Sains dan Matematik dan menyebabkan kurang minat mereka terhadap Sains dan Matematik. Skor A mereka bukan kerana mereka betul-betul faham asas-asas dalam Sains dan Matematik itu,sebaliknya hanya kerana ingin lulus peperiksaan awam.Jangan kita memberi alsan kita tidak akan maju jika tidak melaksanakan PPSMI kerana sejarah telah membuktikan sesiapa sahaja maju walaupun menggunakan sebagai bahasa pengantar.HAPUSKAN PPSMI!!"

sekian lama..

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukurku padaMu ya Rabbi..

Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu handphone ku ini tidak berada di tangan ku..akhirnya Allah masih memberiku semula..

Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu berbagai-bagai dugaan untukku mendapatkannya semula, akhirnya Allah masih mentakdirkannya milikku semula..

Alhamdulillah..tidak terhingga kesyukuranku ini..



**********************


-harta di dunia bukan selamanya milik kita..Allah berkuasa 'menarik' dan 'mengembalikan' hak milik tersebut..teringat filem Indonesia bertajuk "KUN FAYAKUN"..Dengan sekelip mata Allah boleh memberikan rezeki berlipat ganda dan dengan sekelip mata juga Allah boleh mengambilnya semula..

-Teringat juga serangkap lagu

"Cintakan dunia,

Duniakan kau tinggalkan pergi"



Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit 'Al-Wahnu' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati...

akhirnya..



12 mac 2009
jam 1130am


Akhirnya saya melangkah kaki ke 'iium health centre' setelah lama melabel diri 'anti ubat'..




moral value:

1. sape sakit, makanla ubat.Ini adalah salah satu usaha dan tawakal kita untuk sihat disamping tidak melupakan doa kepada Allah Taala


2. menjadikan sakit satu kifarah dosa kita..hisab diri, mana silap dan dosa kita selama ni..

3. menjadikan sakit lebih mendekatkan diri kita dengan Allah Taala.Semoga Allah mempercepatkan menyembuhkan penyakit kita agar tugas kita sebagai daie dapat diteruskan..InsyaAllah








USAHA + TAWAKKAL(DOA)=KEJAYAAN(sihat)



AMEEN



(lama tak sebut..teringat waktu zaman nak peksa SPM dulu..)



Monday, March 2, 2009

POLIS WANITA di Iran

Teruja saya apabila membaca TKO (tranungkite online) hari ni..Artikel bertajuk 'Polis wanita di Iran'..boleh lihat gambar-gambar di bawah..
anda pasti kagum sambil mengucapkan SUBHANALLAH...












MasyaAllah..
Tiada alasan bagi wanita khususnya wanita muslimah untuk lebih aktif dalam usaha dakwah dan mempertahankan Islam lebih-lebih lagi dalam kegiatan lasak seperti gambar-gambar di atas.
Tiada alasan bg wanita muslimah untuk sentiasa lemah tanpa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti menjana stamina kita..'akal yang baik dtg dr badan yang sihat"..
Tiada alasan bagi wanita muslimah untuk membuka aurat apabila ingin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak dan kesukanan seperti ini.."tak semestinya nak memanjat kena pakai seluar ketat".."tak semestinya nak berenang kena pakai swimming suit yang sendat tu"..

"Apa yang penting...tutup aurat"
(sila alunkan ia seperti lagu wonderpet)

rujukan:

Saturday, February 28, 2009

untukmu sahabat..

u mean the WORLD to me!!
-ambik kata2 hum =) -



Aku merinduimu TEMAN untuk berjuang..
Aku rindukan SAHABAT untuk berjihad..
KAWAN senda dan tawa..
SADIQ untuk sama2 beribadat..
RAKAN untuk sama2 bermuhasabah..
yang sama2 menuntut ilmu Allah...
sama2 bekerja demi Islam..
sama2 berkorban demiNya...
sama2 berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran...

thanks sahabat 2 be my friends...

Thank you ALLAH...


"Tanda syukur itulah TAAT
setiap tempat setiap waktu
syukur itu dapat dilihat
pada sikap dan tingkah laku"

"syukur itu sifat mulia
hindar dari tamak haloba
rasa cukup apa yang ada
hati tenang hidup sejahtera"

"Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah "

-sedikit petikan nasyid dari Syukur : Raihan-


Syukur..
ada yang mengatakan ia seperti ikhlas..senang diungkapkan tetapi susah untuk dilaksanakan..syukur bukan hanya mengucapkan 'Alhamdulillah' di bibir tapi perbuatan harian tidak menggambarkan kesyukuran dan 'segala puji bg Allah' yang sebenar..Hanya mengucapkan syukur atas rezekiNya tapi menggunakan rezeki tersebut ke arah bertentangan Islam atau lupa rezeki yang diberikan untuk amal-amal kebajikan malah untuk kepentingan diri sahaja..Seperti nasyid di atas mengatakan "Tanda syukur itulah TAAT"..Mengangkat rasa syukur kita atas rezeki Allah yang tidak terhingga ini dengan meningkatkan ketaatan kita kepadaNya..


Syukur...
ada yang bersyukur atas nikmat yang zahir atau yang dapat dilihat sahaja seperti dapat duit, dapt kereta baru dan lain-lain..tapi ramai yang lupa mengucapkan dan merasai nikmat syukur apabila dikurniakan nikmat yang tidak dapat dilihat..nikmat sihat, nikmat tenang, nikmat sabar, nikmat tabah dan lain-lain. kita selalu dengar 'nikmat yang paling besar dikurniakan oleh Allah adalah nikmat IMAN dan ISLAM'..tapi berapa muslim yang ingat akan nikmat-nikmat ini. dan seterusnya mengucapkan syukur padaNya.


syukur..
rahsia syukur ..1)Hati -tidak rasa memiliki dan tidak rasa dimiliki melainkan dimiliki oleh Allah S.W.T..- kita selalu merasakan segala yang kita ada adalah milik kita dan lupa untuk kita rasa syukur atas yang dimiliki itu..kita selalu juga merasakan rezeki yang kita terima itu atas disebabkan oleh 'seseorang' dan hanya berterima kasih dan syukur kepada 'seseorang' yang memberikan rezeki tersebut dan lupa mengucapkan syukur pada RABB yang mengurniakan rezeki tersebut melalui 'seseorang' tersebut..2)Lisan -mensyukuri nikmat yang masih tersisa-kita sering ingat dan kesali nikmat yang sudah tiada dan masih belum dimiliki tapi kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang masih tersisa pada kita walau sekecil biji sagu.."Alhamdulillah, kita masih ada ini..." 3)Berterima kasih sesama manusia..berterima kasih bukan sekadar mengucapkan'terima kasih' malah berterima kasih dengan mengingati kebaikannya dan berusaha membalas jasanya dan mendoakan kesejahteraannya..4)Gunakan nikmat yg ada untuk mendekatkan diri pada Allah Ar-Razzak..


syukur..
”Jangan ingat-ingat harta yg telah hilang, kerana rezeki kita adalah apa yg kita makan, dan apa yg kita pakai…selebihnya belum tentu rezeki kita…” "kalau rezeki kita sudah diambil orang, doakanlah semoga rezeki itu bermanfaat utk dia, dan kita dibalas dgn rezeki yg lebih banyak dan lebih baik dr yg hilang."..



-entry kali ini dedikasikan khas untuk diriku yang baru kehilangan 'barang' yang amat penting dalam hidupan harianku..dan setinggi-tinggi syukur Allah masih mengurniakan 'barang' tersebut kepadaku dengan mengurniakan "orang yang baik" yang menjumpai 'barang' tersebut...ALHAMDULILLAH

Sunday, February 1, 2009

DMPP saran pemimpin umat Islam mencontohi Toyyib Erdogan

-gambar dr bharian.com.my-
Sun Feb 01, 09 12:49:17 pm
Harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Pemimpin negara umat Islam khususnya Malaysia perlu mencontohi keberanian dan ketegasan Perdana Menteri Turki, Rejab Toyyib Erdogan yang menyatakan kebenaran dan bantahan terhadap Presiden Israel, Simon Peres yang mendakwa Hamas mendorong Israel ke kancah peperarangan di Palestin.
Iklan
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengucapkan syabas dan menyokong penuh tindakan berani seorang pemimpin Islam yang meninggalkan forum ekonomi dunia di Switzerland kerana tidak diberi masa yang mencukupi untuk menjawab segala tuduhan Simon Peres.
Menurut beliau, sebenarnya dalam suasana sekarang umat Islam yang ditindas terutama di Palestin pemimpin yang berani dan tegas amat diperlukan bagi menentang kezaliman dan keganasan dilakukan berterusan.
"Kita harap pemimpin Malaysia yang diterajui BN dan mengaku sebagai orang Islam mesti menunjukkan keberanian sebagaimana yang dilakukan oleh Toyyib Erdorgan," tegasnya.
Beliau yang mewakili suara Muslimat seluruh negara berdoa agar pemimpin negara umat Islam yang lain khususnya negara-negara Arab turut mengikuti jejak langkah yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki.
Sepatutnya kata beliau, keberanian itu telah lama diambil oleh pemimpin negara-negara umat Islam.
Ini kerana tambah beliau dunia Islam telah dianugerahkan oleh Allah dengan banyak kekuatan antaranya hasil minyak dan sumber mentah.
Justeru dengan kekayaan itu mengapa pemimpin-pemimpin di negara umat Islam khususnya negara-negara Arab berasa takut dengan zionis Yahudi Israel dan tulang belakangnya, Amerika. "Sepatutnya umat Islam mesti lebih berani kerana kita berpegang dan bermohon dengan Allah yang Maha Berkuasa," tegasnya.
Dalam masa sama juga beliau membantah keras tindakan negara Mesir yang bersekongkol dengan Israel walaupun pimpinan negara itu mengatakan tidak mahu campur tangan.
Beliau berkata, Islam mengajar umat-Nya bersaudara dan rakyat Palestin yang sekarang sedang dizalimi dengan Israel sepatutnya mendapat bantuan daripada Mesir.
Katanya tindakan Mesir yang tidak menghulurkan bantuan terhadap rakyat Palestin itu merupakan satu tindakan kejam dan tidak berhati perut kerana lebih 1,500 rakyat Palestin telah dibunuh.
"Bagaimana jika perkara itu berlaku di Mesir dan negara-negara lain tidak mahu membantu," soalnya.

Wednesday, January 21, 2009

All about Math.. -part 2-

"semua perkara di dunia ada perkiraan matematik"
kata2 di atas yg saya dengar dr sahabat beberapa minggu lepas membuatkan saya teruja untuk meng'eksplore' kebenaran kata2 tersebut kerana walaupun saya dalam bidang matematik, tapi saya lebih banyak belajar teori.
InsyaAllah saya akan kongsikan hasil 'eksplore' sedikit ini.
-------------------------------------------------------------
Pernah dengar tak "Bilangan Fibonacci"?
Dalam matematik, bilangan Fibonacci adalah suatu langkah bilangan dinamakan oleh Leonardo of Pisa sebagai Fibonacci. Buku 1202 Liber Abaci Fibonacci memperkenalkan urutannya ke matematik Eropah Barat, walaupun urutannya telah terdahulu diperkenalkan pada matematik India.Bilangan Fibonacci pertama kali muncul, di bawah nama mātrāmeru (gunung cadence), dalam karya Sanskrit grammarian Pingala (Chandah-shāstra, the Art of Prosody). Ahli matematik Indian Virahanka (abad ke-6 M) menunjukkan urutan Fibonacci berpunca pada analisis meter dengan silabel panjang dan pendek.
Nombor Align Lefturutan pertama adalah 0, nombor kedua adalah 1, dan setiap nombor seterusnya bersamaan dengan jumlah dua nombor yang terdahulu pada urutannya sendiri. Iaitu, selepas dua nilai bermula, setiap nombor adalah jumlah dua nombor yang terdahulu.
Bilangan Fibonacci:
0 1 1 2 3 5 8 13 21 34 55 89 144 233 377 610 987 1597 2584 4181 6765 ....dan seterusnya...
Fn = Fn−1 + Fn−2 untuk semua integer n,dan F−n = (−1)n+1Fn:
.., −8, 5, −3, 2, −1, 1, diikuti oleh urutan di atas.
untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah,perkiraan serta pembuktian(proven)nombor ini, hanya taip sahaja 'fibonacci' dlm carian yahoo atau google ,insyaAllah banyak info akan dapat.
Apa yang menariknya dengan bilangan ini?ya..berbalik dengan tajuk asal, banyak benda hidup dan kejadian Allah sangat berkait rapat dengan formula ini..
1)kelopak bunga - pernah tak anda mengira kelopak2 bunga yg ada kt dunia ni? jika anda seorang yg sukakan bunga, anda boleh mengiranya dan akan mendapati semua jenis bunga mempunyai bilangan kelopak salah satu nombor fibonaci..mari kita lihat...
1 kelopak

2 kelopak

3 kelopak13 kelopak
21 kelopak

2)sayuran dan buahan - jika lihat gambar di bawah, setiap putaran mempunyai biji2 sebanyak salah satu nombor ini.

sayur brocoli



3)tangan manusia - ukuran panjang segmen jari kita.


4) lukisan2 gambar, ukiran, logo2 dan lain2 seni- jika kita lihat gambar2 serta ukiran yang cantik, ia sebenarnya mempunyai ukuran dan 'ratio' tersendiri..Betapa artis2 dan pelukis2 ini mengkaji setiap butiran kesenian yg wujud..


Dan banyak lagi kejadian alam yg mempunyai 'perkiraan matematik' yang lain yg lebih unik dan menakjubkan.Pengkaji2 barat menamakan perkiraan2 ini dengan 'golden ratio'..Atau dengan kata lain, setiap sesuatu mempunyai 'patern' tersendiri yg perlu kita kaji dan hayati..Bak kata Dr Jo, setiap sesuatu yg 'cantik' dan 'cute' dalam dunia ni mesti ada patern dan ratio tersendiri..Apa yg cantik dan cute ni? Tentulah ciptaan Allah..Subhanallah..

MasyaAllah..sangat menakjubkan ciptaan Allah..

Malangnya.kebanyakan hasil kajian terhadap ciptaan Allah ini dikaji oleh pengkaji barat yg bukan Islam.Alangkah bagusnya jika kita sendiri yg 'menjumpai' keajaiban ciptaan Allah ini..

Ayuh..kita menuntut ilmu dengan seluruh mata hati agar ilmu yg kita timba ini lebih mendekatkan kita dengan Allah yg Maha Pencipta..
Wallahu'alam

*******************

http://www.world-mysteries.com

Buku 'Mathematics in Nature: Modeling Patterns in the Natural World' by John A. AdamPrinceton Univ Pr; (November 10, 2003)

Buku 'Math in Science and Nature: Finding Patterns in the World Around Us' (1999)by Robert Gardner, Edward A. Shore
dan banyak lagi..

Math is life..